Tahun Terakhir Balut Buku PASTI


Minggu ni dah masuk minggu ke-2 Alan bersekolah. Abang Kakak semuanya PDPR hanya dia seorang yang bersemuka. Nasiblah wahai anak. Bila Ibu BDR dia pun buat muka kesian nak mintak cuti. Haha! Boleh pulak nak mintak cuti bagai si bongsu ni. Dia ingat dia penjawat awam ke nak mintak cuti rehat. Adoi la.

Minggu ni PASTI masih dalam minggu transisi, buku pun tak perlu bawak lagi. Sebab tu lah asyik delay aktiviti rutin awal tahun. Dari tahun 2016 dah mula membalut 2 set buku PASTI. Akhirnya tahun 2021 Kakmim hanya balut 1 set sahaja untuk buku 6 tahun. Tahun depan dah tak perlu dah balut buku PASTI lagi. Tahun depan, Insya Allah umur panjang semua yang lelaki dah di sekolah rendah, Kakak pulak ke sekolah menengah. Hmm.. cepat masa berlalu.


Baru siap balut 14 buah buku hari Isnin yang lepas. Baru lega bila dah setel semua ni.


Kakmim masih suka balut buka guna cara lama, selotep, gunting wajib ada. Macam ada kepuasan di situ. Lagipun bau buku baru pun sedap nak hadap lama sikit. 


 Siapa suka bau buku baru, kita geng. 


7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kita geng! Suka bau buku baru. Semangat nak membalut tu. Lepas ni semua dah sekolah rendah sama-sama senang dah kan. Cepat membesar semuanya. kejap je masa berlalu :)

    ReplyDelete
  2. Lama dah meninggalkan balut buku ni tapi Kita pun ada satu perangai macam Kak Mim, hihi

    ReplyDelete
  3. dulu zaman sekolah rajin balut buku sampai novel semua pun saya balut. sekarang tak rajin dah..hehe

    ReplyDelete
  4. geng!! dulu mmg suka balut buku sbb baru kemas heheh

    ReplyDelete
  5. Zaman dulu balut dengan kertas minyak. Zaman anak-anak balut dengan plastik lutsinar. Nampak lebih kemas dan cantik.

    ReplyDelete
  6. Banyak buku dibalut tu, kakmim. Saya pun suka juga balut buku. Bukan buku sekolah je, buka novel, buku motivasi, yang sendiri punya pun, saya balut dengan plastik juga. :)

    ReplyDelete
  7. kemas jak balutan ktk eh. Kmk suka bau buku, tapi yang baru jak la. hihi!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form