Hai! Assalamualaikum warga blogsphere? Apa khabar semua sahabat pemblog Kakmim? Minggu ni Kakmim agak sibuk dengan tugas hakiki di ofis. Meeting lah discussion lah, tak sempat nak BW ke sana ke sini. Walaupun di sini PKPB dan kehadiran ke pejabat hanya 30% tetapi Kakmim memilih untuk hadir ke pejabat pada minggu ni. Terima kasih tau kepada semua yang masih setia singgah di sini. Nanti Kakmim BW ye.
Oh, ya macam mana persiapan anak-anak ke sekolah? Pejam celik pejam celik, PKP, PKPB, PKPP kemudian PKPB balik tak sangka pulak kita dah berada di tahun baru, sesi persekolahan baru. Sesi persekolahan baru sinonim pulak dengan pembayaran yuran sekolah anak-anak kan?
Pembayaran Yuran Sekolah Anak-Anak
Tahun ni agak lambat pulak rutin tahunan ini dilakukan. Kebiasaannya rutin ini telah diselesaikan pada hujung tahun. Berlainan pulak tahun ni, sekolah mula dibuka pada pertengahan bulan dan pendaftaran ke sekolah pun dibuat agak lewat.
Besok pendaftaran si Abang dan si Kakak. Kakak akan ke tahun 6 dan Abang akan ke tahun 3, di sekolah yang sama. Besok hanya seorang ibu bapa atau penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar di kelas anak-anak. Murid pula tak dibenarkan hadir bersama. Malam ni Ibu dah siap asingkan awal pembayaran untuk pendaftaran esok iaitu sumbangan PIBG, fotostat dan buku aktiviti. Buku latihan dan lain-lain semua dah beli di sekolah pada hari Isnin lepas. Tahun ni Abang beli baju PJ baru sebab baju lama dah kecik dan neck tie baru sebab tahun ni tukar design pulak.
Tahap 2
Tahap 1
Imran yang bakal masuk tahun 1 pula akan mendaftar pada 20 Januari nanti. Untuk Imran semua belum beli lagi, semua dibayar pada hari Rabu nanti. Oh, ya, Imran akan bersekolah di SK yang berlainan dengan Abang dan Kakak. Ujian kemasukan ke sekolah Abang dan Kakak hari tu kan tak lepas, rayuan pun tak berjaya.
Baca Sini: Ujian Kemasukan ke Tahun 1
Baca Juga: Kisah Maulidur Rasul 2020
Sebelum pendaftaran murid tahun 1 minggu depan, baik kita isi dulu borang maklumat murid ni. Haa, korang dah isi ke belum? Nasib baiklah untuk Kakak dan Abang dah boleh update online. Kalau tak, jenuh jugak nak menulis benda yang sama seperti tahun-tahun sebelum ni.
Baju sekolah setel cuma tak iron lagi, menu bekal dah ada dalam kepala, stationaries semua pakai hadiah dari cikgu, rasanya ready dah untuk ke sekolah sesi 2021. Tawakal je walaupun masih ada lagi kes Covid-19. Eh, buku tak balut lagi la. Lupa! Besok baru dapat buku teks. Semoga hari pertama sekolah nanti hari tak menangis macam sekarang.
Betul, lambat sikit kan tahun ni. Tadika je dah selsai. Abangnya belum lagi
ReplyDeleteCucu wak ada yang masuk tahun 1 tahun ini.
ReplyDeleteDah 2 tahun prasekolah
Semoga urusan kakmim dipermudahkn. Syukurlah Pkpb, dapat juga anak-anak akak ke sekolah secara bersemuka. Stay safe ye keje tu
ReplyDeleteAlhamdulillah.sihat. Selamat berhujung minggu.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan Kakmim..senang bila dah settle satu persatu. Bagus kakmim dah ready kan semuanya. senang tak kalut. Apapun semoga semuanya jaga SOP :)
Bagus eh ktk molah kedak ya, senang cikgu cdak sik perlu berik balance gik. Hihi. Ngam jak semua amountnya tek. InsyaAllah semoga cuaca bait-bait jak di cnun ok. Hari tok, ctok gik hujan. Belum keluar matahari.
ReplyDeleteWah, well prepared, kakmim. Goodjob ye, walaupun sibuk bekerja.
ReplyDeletewahh semuanya nak pakai duit.. semoga dipermudahkan urusan anak2 sekolah tuuh.. huhuhu
ReplyDeleteminggu lepas pun boss kamek bizi uruskan yuran sekolah anak2 nya...
ReplyDeleteWah bagusnya walaupun busy, semua benda dah prepare.
ReplyDelete