Semalam masa mencari ikan di pasar tamu dekat area rumah, ternampak ambal ni bersama susunan longgokan ikan yang lain. Benda rare ni, kenalah membelinya. Dalam hati dah plan nak masak kari kering dan kebetulan juga dekat situ ada jual midin sekali. On lah nanti boleh kawan dengan midin belacan. Boleh bersantap ala-ala di restoran seafood.
Ambal atau pun pepahat ni tak selalunya ada. Ikut musim jugak, kalau musimnya banyaklah orang jual. Kalau bukan musim susah jugak nak jumpa.
Siput buluh atau juga dikenali sebagai ambal (Sabah/Sarawak) juga pahat adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" [1]
Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.
Di Malaysia, musim siput buluh dikatakan bermula pada bulan Ogos sehingga bulan Mac tahun berikutnya namun paling banyak didapati pada November dan Disember.
Kajian "Ambal di Teluk Kuching, Sarawak" yang baru dilakukan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di bawah seliaan Ketua Jabatan Sains Akuatik, Dr. Siti Akmar Khadijah Ab. Rahim mengesahkan berlakunya penurunan populasi hidupan itu. Menurutnya, penyelidikan yang dilakukan di Asajaya bermula pada bulan Oktober 2005, misalnya menunjukkan penurunan dari 6,768 ekor ambal per hektar pada tahun 2005 kepada 4,868 perhektar pada 2006, dan merupakan antara projek utama Unimas.
Kakmim suka ambal masak kari kering. Tak payah bubuh santan. Sedap diratah begitu saja, cicah kicap pedas yang diperah limau, hmm.. lagilah tak payah cakap. Makan sorang pun boleh. Tapi semalam takde perasaan nak cicah-cicah kicap ni.
Midin pulak semestinya tumis belacan. Seikat midin ni agak mahal jugak. RM3 seikat. Kalo beli 2 ikat RM5. Kalau di restoran seafood, sepinggan midin belacan ni untuk hidangan saiz S boleh mencecah RM10 sepinggan.
Santapan kami anak-beranak semalam.. add on sambal belacan udang kering
Tempat Makan Seafood Yang Popular Di Kuching
Kalau berada di Kuching, antara tempat pilihan untuk makan seafood berjemaah ialah di:
- Topspot, UTC Kuching
- Telaga Air
- Buntal
Sejak pasca PKP ni jarang makan kat tempat crowded. Kalau di Kuching, tempat makan seafood yang glamer mestilah di Topspot. Tapi kat situ memang ramai orang especially weekend. Tak tau lah sekarang macam mana sebab ni antara tumpuan pelancong jugak. Sekarang ni memang takde pelancong tapi tak tau lah macam mana, dah nak setahun dah tak menjejakkan kaki ke Topspot.
Nak makan kat Telaga Air ok jugak, lagi murah & berbaloi tapi malas pulak nak drive jauh. Kat area Buntal, pun ok, lagi dekat dengan area rumah boleh makan sambil tengok view laut tapi masalahnya terasa nak masak kat umah. Maka, kita masaklah. Itu je.
Baiklah, done lepas mengidam memasak seafood. Kah! Kah!
hahahaha topspot kita pun dah lama tak pegi :p
ReplyDeleteAda satu tempt kita pernah try tp seriously x sure kat mana...
view mcm tepi sungai... mcm ada jambatan tp yg pasti mmg kat area kawasan kg sket..
hahaha sebab member yg bawa kita follow je la...
Oh.. kalau view sungai sama ada bawah jambatan satok atau kampung boyan... tu area kampung... medan niaga satok pn view sungai jugak tp area taman perumahan.. hahaha
DeleteBaru tau nama lain utk pepahat ni
ReplyDeleteTp kak sepanjang sy di semenanjung dlu mmg x penah jumpa pepahat atau ambal ni.. lala, kupang biasa jumpa tp kt sini mmg ssh nk jumpa lala dan kupang ni 😅
Deletebestnya lepas gian ek hehehe
ReplyDeletesementara mood nk main masak² tu ada kan.. hehehe
Deletetak pernah makan ni lagi.. tapi teringin nya nak rasa
ReplyDeletekalau jumpa try lah... tp ada jugak org x suka ambal atau pepahat ni
DeleteKelak mun ada temu ctok nak cuba masak kari. Sik pernah gik rasa ambal masak kari. Hehe.
ReplyDeleteTempat makan seafood di kuching?
Topspot ya boleh dikira dengan jari jak, farewell kmk hari ya cdak office polah di cya. HAHA.
Telaga air, ada sigek restaurant atas air yang hujung-hujung sikit dekat tempat orang jual jeruk ya sedap eh ya rabbi. Bertambah-tambah nasik. Portion pun banyak. Berbaloi la harga makan ya. Cuma jauh jakk, dah la melintas coconut shake. Singgah cya gik kelak. HAHA.
Kampung buntal, sekali jak pernah. Program jabatan di cya. Nyemss juak lah, sebab free. Ehh? HAHA. Mun berkali-kali tek bok dapat padah sedap lalu, kedong sekali, sik pat review gilak. HAHA. Ada bunyi deruan ombak. Giteww...
selalu mun fresh mmg urg suka rebus jak dgn serai tp kmk x suka gilak rebus gia jak..
Deletekmk rasa kmk tauk tmpt dikata ktk di telaga air ya tp kmk x penah try sia... salu mkn kt kedei yg byk² ya jak rah foodcourt sia... tp mkn di telaga air nang murah lah cuma kmk x brp suka long distance tok pasya setakat nk mkn ajak.. hahaha
sedap gak masak halia dan cicah sambal kicap
ReplyDeleteseafood ni kalau cicah sambal kicap pedas mmg terbaikkk.. hehehe
DeleteSelalu rebus atau masak halia.
ReplyDeleteOk juga ya buat kari kering.
Sedap tu. saya panggil pahat. Dua dua hidangan rare. Pucuk paku rare jugak susah nak dapat.
ReplyDelete1st time sy tgk masakan ni... nnt ada rezeki dtg sarawak lg sy nk try laa
ReplyDeleteohh sarawak sebut ambal ya pepahat ni..
ReplyDeletedi sabah sy nda pasti apa namanya n nda pernah makan lagi
tenok macam sedap