Masanya Untuk Masuk Studio Rakaman

Hari ni hari Sabtu. Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Team Kakak akan masuk studio untuk proses rakaman lagu sekolah. Dress code untuk hari ni, black & white. Tapi Kakmim cakap pakai all black saja sebabnya hitam atau putih kan? Itu pemahaman Kakmim.








Awal kami semua bersiap. Yes, kami, #imanfamilia. Ibu akan menemani Kakak ke studio untuk rakaman lagu sekolah. Ayah pulak dengan adik-adik akan pergi kenduri kahwin. Hari ni Ibu terpaksa rajin macam pagi-pagi nak ke sekolah. Siapkan sarapan dan jugak bekal.


Itu haa.. studio nya. Semua murid dihantar oleh parents masing-masing. So takde masalah parents perlu isi borang lepas tanggung segala. Ok lah kan?


Cikgu dah brief dah semua kena ada di studio sebelum 10 pagi. Breakfast siap-siap dari rumah. Kami pun gerak awal sebab tak berapa familiar area studio tu. Alhamdulillah sebelum 9.30 pagi kami bertiga dah sampai di parking. Hari ni Ibu ditemani adik sebab Ayah kan memenuhi jemputan walimatul urus sepupunya yang kahwin. Sementara tunggu cikgu dan kawan-kawan lain sampai apalagi kami selfie dulu. Hihi.




Bila semua dah sampai cikgu cakap bergambar dulu. Baik! kalau cikgu tak cakap pun memang mak-mak akan suruh ambik group photo jugak. Hihi. Cikgu cakap ni projek rahsia, takmo diwar-warkan dulu. Ertinya tak boleh share di mana-mana media sosial lah ni. Tapi blog ni bukan glamer pun, takde apa hal lah simpan sini kan?


Tema hitam putih.


Plannya sementara tunggu proses rakaman selesai Kakmim dan adik nak 'bertapa' dalam kereta je. Kakmim dah siap bawak bekal untuk dimakan dan buku untuk dihadam, eh dibaca. Tapi tetiba cikgu call mintak tolong belikan makanan budak-budak ni semua. So kami bertiga, Kakmim, adik dan mama kawan Iman pun cari KFC di shopping mall berdekatan. Setel urusan pembelian, rakaman pun selesai. Alhamdulillah dipermudahkan urusan mereka. 


Dalam studio.


Dia lead rupanya.
 


Alhamdulillah... semua selesai dalam masa kurang dari 2 jam. Tunggu editing je lagi.



Sebelum 12 tengah hari semua dah dapat set KFC masing-masing dan bersedia untuk balik. Tak sabar pulak rasa nak dengar rakaman mereka yang telah siap. Aktiviti balik rumah pulun tido sampai petang. Hahaha!

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. WOW HEBAT KAKMIM MESTI SEDAP SUARA KAK MIM MENYANYI

    ReplyDelete
  2. Yah lead gik ya. Mesti Sora anak ktk kacak ya nya disuruh jadi lead ya. Tahniah mim.

    ReplyDelete
  3. Wah, hebat anak dara Kakmim! Ada bakat ni 😊

    ReplyDelete
  4. Wah, selalu yg jadi ketua ni mesti suara merdu

    ReplyDelete
  5. wow..jadi lead. mesti sedap sore ni..

    ReplyDelete
  6. mesti sedap suara kakak lead. Tak sabar jugak nak dengar. Nanti share kakmim :)

    ReplyDelete
  7. Mesti sedap suaranya. Boleh kita berduet nanti. Auntie sal pun pemyanyi jugak, tapi penyanyi karaoke jelah. Haha

    ReplyDelete
  8. cantiknya anak dara. confirm suara pun cantik mcam tuannya.. berbakat sungguh

    ReplyDelete
  9. bestnyaa dah di expose dengan pengalaman sebegini..
    mahal ni tak semua orang dapat rasa.. bertuah kakak =)

    ReplyDelete
  10. Banyak bakat kakak tok oh. Alhamdulillah. Hehe. Mahal pengalamannya masuk studio. Kelak nya dah besar sikit, ada nak dibacanya kat blog maknya tok. Antara moment indah dalam hidup :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form