Lukisan Graffiti Kucing Terbesar di Eco Mall Petra Jaya

Akhirnya Si Oyen dah siap!!!




Setiap kali lalu di Eco Mall (dulunya hypermarket Giant) mesti akan teruja nak tengok progress lukisan graffiti yang sedang dilukis di situ. Tup! Tup! Hari ni tengok di FB Si Oyen dah siap!! Hijau rupanya mata si Oyen.




Inilah pemilik tangan ajaib yang merealisasikan si Oyen di dinding hypermarket Eco Mall, Petra Jaya. Tahniah Encik Simon Tan, Fine Art Artist yang berasal dari Pulau Pinang. Memang sangat berbakat. Agaknya berapa ye bayaran yang dia dapat dari pengurusan Eco Mall ni??




Mula-mula kami hanya nampak ekor si Oyen je. Mana tak teruja nak tunggu si Oyen siap sepenuhnya. Nak ambik gambar progres memang tak sempat la kecuali kalau jem tunggu turn keluar round about. Maka bersabarlah kami menunggu. 




Akhirnya Oyen siap dah melepak di situ. Cantiknya!! Kagum betullah orang yang ada bakat melukis ni.




Alkisahnya semua branch Giant tumpas di Kuching penghujung tahun 2020 hari tu termasuk Giant Samariang ni. Memang mulanya menjadi teka-teki jugak siapalah yang akan mengambil alih Giant ni. Ye lah dah nama pun Giant memang besarrrrrrr sangat kompaunnya. Takkanlah Mydin lagi. Dah ada 2 Mydin dah di Petra Jaya ni. Akhirnya teka-teki warga Petra Jaya sudah terjawab, 29 Januari 2020 soft launching Eco Mall Petra Jaya yang terletak di Jalan Semariang ni.



notakakmim: harap-harap takdelah kluster Eco Mall pulak nanti


 

22 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. besarnya gambar tu kakmim!! oh mall tu bahaya ahahaha

    ReplyDelete
  2. Kiut alu pusak ya eh. Hehe. Memang hebat bena pelukis ya. Selain dari memberik kacak bangunan ya juak salah satu tarikan pakei bergambar di cya. Nang kacakkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah tek cmne lah org nk bergambar sia klak.. rah tepi bgnn tmpt keta keluar juak jln dpn ya

      Delete
  3. Wah... Bila la dpt g kuching lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt dtg ya tgu covid reda.. thn dpn kot.. uwaaa

      Delete
  4. Kacak. Bila la ada kesempatan mok pegi eco. Haritok kes convid di Betong dah 14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samarahan pn dh ada rasanya.. area sinun dh makin teruk juak dah.. tedah ada jak

      Delete
  5. Wahh besar gila. Comel pulak tu..Jenuh ni nak siapkan. Terbaik lah dengan seni Encik Simon Tan. Kagum juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X perasan pulak sebulan ke 2 bln si oyen ni disiapkan

      Delete
  6. Wow.. besarnya. Saya suka tengok graffiti. Kagum.
    Rindunya nak gi Kuching lagi.Setiap kali dengar nama Samariang pasti saya terbayang tanah perkuburan tu.. Hihi. Walaupun baru beberapa kali ke sana tapi ada rindu trtinggal di sana.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.. nnt dtg lah lg kak.. kalau dh lalu tanah perkuburan samariang tu dh dkt dh dgn area umah mak sy

      Delete
  7. wow comelnyaa. takdelah nampak bosan bila tengok bangunan mall tu, lepas ni boleh jadi tarikan orang bergambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. entah2 org nk ke eco mall sbb nk bergambar kt situ je nnt

      Delete
  8. Mak aih, besarnya Eco Mall ni, Oyen pun kemahenn...

    ReplyDelete
  9. Besornya Oyen! Suka! Besornya mall! ^_^

    ReplyDelete
  10. Pandainya lukiss, siap detail bulu-bulu tu. Memang kagum dengan orang berbakat macam ni

    ReplyDelete
  11. Hebatnya orang lukis ni kak mim..Sama hebat dgn kedai Eco tu ^_^

    ReplyDelete
  12. kaacak tuh., biasa eco ni jual barang rm2 je., kann

    ReplyDelete
  13. cantiknyaaa gambar tu ! wowww then rm2 jeeee !! klu masuk situ susah nak kuar ni

    ReplyDelete
  14. uiiii besarrrr juak lukisan oyen ya!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form