Kisah Dalam Lagu: Tender

Tender. Antara lagu favourite zaman habis SPM merangkap zaman gila IRC. (Baca: Internet Relay Chat). Bila Kakmim cerita dengan #budakkaran pasal IRC ni memang diorang takde idea langsung pun tentang ni. Dah bukan zaman mereka kan? Yang diorang tahu IG, Youtube, Twitter, FB. Itu baru zaman mereka. Kalau cerita pasal blog ni pun mungkin diorang ternganga jugak rasanya. Apatah lagi kalau cerita pasal komuniti blogger. 


Kredit: Pinterest


Apa pulak kaitan Tender dengan media sosial yang pelbagai ni? Baiklah, ceritanya begini. Dulu zaman menunggu result SPM tahun 1999 dulu Kakmim sangat suka chatting di IRC. Setiap malam confirm akan lepak di chanel #petrajaya. Ni antara chanel IRC untuk Sarawakian. Dan dari situ Kakmim kenal rakan-rakan chatters. Ada juga yang masih berkawan sampai sekarang. Ada jugak bila dah sambung belajar terus lost contact. Masa dok ralit dengan IRC tu Kakmim 'berkawan rapat' jugaklah dengan beberapa orang boyfriend. Tapi bukan pulak bercinta ye. Ada yang tak pernah jumpa, tengok gambar je. Ada jugak yang jumpa, datang beraya di rumah masa raya. Begitulah.


Masa tu takde medsos lain kot. Ada telefon rumah je. Ada jugak yang sampai call rumah tapi selalunya kitorang akan janji 'dating' kat irc je. Tak lebih dari tu.


Masa chatting tu selalunya kitorang main tuju-tuju lagu je. Hahaha! Macam boring je kan. Tapi best jugaklah sebenarnya untuk time tu, daripada main tuju-tuju lagu tu teruslah kita tau lagu yang bukan dari genre kita. Dan bila dengar je lagu tu akan ingat kat orang tu. 


Macam lagu Tender ni lah. Kalau dengar lagu Tender akan ingatlah member chatting Kakmim ni yang guna nama Malique. Tapi nama dia memang Malik pun. Kakmim dah lost contact dengan dia sejak Kakmim 'close' dengan kawan dia. Hmm.. sorry kitak. Lepas tu takde maknanya, kawan dia tu bukannya serius pun. Pernah jugak la Kakmim gugel pasal kawan dia tu, rupanya tak GOT sebab tukar course. Macam-macam.


Takpelah kita stop sampai sini dululah ye. Jom layan lagu Tender yang dinyanyikan oleh kumpulan Blur ni. Have a nice day uols!!



Tender (Blur)

Tender is the night
Lying by your side
Tender is the touch
Of someone that you love too much
Tender is the day
The demons go away
Lord I need to find
Someone who can heal my mind
Come on come on come on
Get through it
Come on come on come on
Love's the greatest thing
Come on come on come on
Get through it
Come on come on come on
Love's the greatest thing
That we have
I'm waiting for that feeling
I'm waiting for that feeling
Waiting for that feeling to come
Oh my baby
Oh my baby
Oh why
Oh my
Tender is the ghost
The ghost I love the most
Hiding from the sun
Waiting for the night to come
Tender is my heart
I'm screwing up my life
Lord I need to find
Someone who can heal my mind
Come on come on come on
Get through it
Come on come on come on
Love's the greatest thing
Come on come

17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Hehe saya pernah chat di channel kampung.
    Tuju Lagu. Hmm ada satu Lagu teringat pada kawan tajuk The Reason oleh Hoobastank.
    Kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoobastank pun sy ada kenangan tersendiri... heehehhee

      Delete
  2. Amboi IRC... lepak mana? #mamak? #Kampongku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang lepak #mamak or #kampung uncle... ramai sgt org dan takut scammer.. hehehe... sbb tu suka lepak local chanel je

      Delete
  3. mama sempat zaman irc dulu.. zaman tambah kawan2 dan siap prank lagi kawan2 baru irc haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. hebat² hahaha... tp dlu kn boleh guna 2 nick kan? hahaha.. macam² zaman muda remaja

      Delete
  4. wow..kakmim mengulit kenangan pulaa hehee..dulu saya xlepak IRC..selalu lepak kat ym jer hehee..duk seronok buzzzz buzzz org hahahaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman ym pun legend jugak.. penah member chatting di ym x penah jumpa tetiba jd colleague sama opis 😂😂😂😂

      Delete
  5. Alamak, lagu lama sangat ni. IRC pernah lepak sekejap di #kampung. :) tak ingat sudah kenangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sgt tp masih suka dgr 😂😂

      Delete
    2. Dulu dulu tak pernah dengar lagu ni kakmim. lagu legend memang relevan dengar sampai sekarang :)

      Delete
  6. hehe zaman dulu..teringat pulak zaman bersms dengan entah sapa2, masing2 suka balas mesej antara 1 sama lain, mengabihkan duit je hahaha..tapi best bila dikenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu penah ada zaman sms free 😂😂

      Delete
  7. huaa zaman ni mcm atie tak wujud lagi jer hehe

    ReplyDelete
  8. salam
    tqq jenggah blog Saranur
    mengimbas kenangan lama2 , kan bila terdengar lagu2 yg ada cerita disebaliknya senyum sorang2 kadangkala he hee

    ReplyDelete
  9. rajinnya kak mim chatting. saya sempat merasa zaman ym je..hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form