Bila usia 40-an ni.. banyak benda yang kau kena ubah! Antaranya:
- Bersederhana dalam bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga
- Ambik cuti dan tinggalkan hal² kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak² yang sedang membesar
- Berhenti untuk fikir masalah kerja di rumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang.
- Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga
- Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana di usia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang!
- Tinggalkan manusia² yg mengambil kesepatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang haramjadah
- Jauhi mereka yg hipokrit, terutama yang fake!
- Cari kawan yang ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk.
- Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dengan keluarga!
- Berehatlah dari dunia yang sementara, 40-an adalah masa mencari ketenangan untuk 60an dan seterusnya yang lebih baik bila bersara. 40-an ialah usia terbaik untuk pergi umrah kepada yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.
Kredit Prof Madya Dr Kamal
Betul itu terutama point no 6, 7 dan 9.
ReplyDeleteAlhamdulillah..semakin banyak masa untuk menambahkan bekalan akhirat dan ada masa untuk berehat.
ReplyDeleteTenang tenang je :)
betul sangat kak mim..setuju dengan semua point..Saya ada 3 tahun lagi..Ni pun dah macam slow down benda2 lain..
ReplyDeleteALHAMDULILLAH DAPAT NIKMATI HISUP SEBAIKNYA SEPANJANG USIA
ReplyDeleteSemoga amalan kita semakin bertambah seiring usia yang semakin meningkat. InsyaAllah amiin.
ReplyDeleteSemoga kita semakin dekat dengan Allah dan dapat perbaiki amal ibadat. Kena banyak sabor je, dah masuk 40an ni. Kita chill... :)
ReplyDeletesaya masih 30-an, tapi dah start jaga kesihatan sebagai persediaan. setuju bab kawan tu. umur meningkat, makin kita sedar yang kawan ramai tak penting, tapi kualiti. tapi bab keje since masih bujang memang pulun habis la. haha
ReplyDeletehidup semakin mudah diurus, moga lebih masa bersama Tuhan kan kakmim :)
ReplyDeleteSetuju dengan semua poin tu. Yang penting, hidup biar tenang dan utamakan hubungan dengan Allah.
ReplyDeletesetuju. tq for the advise. hehe.
ReplyDeleteamin amin... mengamin kan segala doa....
ReplyDeleteamin semoga mama sendiri dapat buat semua tu. dah kena beringat dah umur dah pertengahan..
ReplyDelete