Terkejut bila baca press statement terperinci dari SDMC petang tadi. Rupanya ada pertambahan 2 kes kematian untuk negeri Sarawak! Allahu!
Nampak gaya Sibu masih lagi memegang takhta kes baharu terbanyak di Sarawak. Kluster Pasai tu agaknya lambat lagi nak terputus rantaiannya. Bayangkanlah kalau dah menjangkiti sebuah rumah panjang. Sebuah rumah panjang tu ada beratus-ratus pintu. 1 pintu berapa orang ahli keluarga? Dan kalau tak silap beratus buah rumah panjang yang dikenakan PKP. Sebuahnya terjadi semasa funeral. Kebetulan sama pulak dengan Kluster Itali yang pertama dikesan di Sarawak masa hari pertama PKP dulu. Kluster tersebut pun berpunca daripada kes pengebumian tapi index case yang mempunyai history balik dari Itali tiada kena mengena dengan keluarga yang terlibat dengan pengebumian tersebut. Hmm.. benda dah nak jadi kan? Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk semua mangsa Covid-19 yang telah pergi jauh meninggalkan kita.
Kes-kes Covid gelombang ke-3 di Sarawak pada awal tahun 2021 ni banyak melibatkan kawasan luar bandar. Contohnya macam Beluru tu, Kakmim pun baru tau kewujudan pekan tu. Pekan macam Meradong, Sebauh, Kanowit tu semuanya bukan kawasan bandar utama. Seram sebenarnya jika difikirkan. Sekarang ada pulak kes di Belaga, area Bakun tu. Jauh tu dari bandar Bintulu. Harap-harap terkawallah bila terus dikenakan PKPB dan PKP.
Risau sebenarnya dengan situasi Covid di Malaysia sekarang. Macam takde sinar je nak beraya tahun ni kan? Sekali lagilah kita beraya sendiri-sendiri di rumah.
Kluster dah berantai rantai ni susah nak putus sebab kadang kadang tak tahu pun terjangkit. Seremban dari PKPB dah jadi PKP area dah. Kes makin naik, kes kematian pun meningkat. Seram dengan keadaan sekarang.
ReplyDeleteKes ni hari-hari empat angka. Seram betul. Moga dengan pkp ni, dapatlah putuskan rantaian covid ni.
ReplyDeletesemoga kita smua dilindungi dan dijauhkan dr wabak covid 19..aamiin
ReplyDeleteAssalamualaikum kakmim. Semoga selamat rakan2 di Srwk sana. angka semakin meningkat. paling penting utk kita sedar dan jaga diri. done follow
ReplyDeleteMudah-mudahan negara dan dunia segera pulih dari perang covid.
ReplyDeleteDengarnya sekarang hanya Sarawak saja tidak berPKP. Moga akan berlaku penurunan kes.
tahun ni raya mcm tahun lepas juga la nampaknya.. huhuhuhu
ReplyDeletePening jugak la bayangkan kluster rumah panjang tu. Punca sorang je tapi berantai-rantai. Semoga selamat semuanya. Al-Fatihah untuk semua korban covid. Kesian betul bila meninggal tapi keluarga dan kawan tak dapat hadiri pengebumian.
ReplyDeleteDoakan bulan dua ada slow down sikit kelak. InsyaAllah amiin. Sik lamak gik puasa, pasya raya.
ReplyDelete