CFC Sarawak Bakal Pengganti KFC?

Tajuk entri tu tak tahan. Boleh bikin kontroversi. Tapi siapalah tahu kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah ayam goreng siapalah yang tahu.



CFC ni ialah Crispy Fried Chicken. Sebuah outlet makanan segera yang hidangan utamanya ialah ayam goreng dan juga menawarkan set combo yang ala-ala KFC. Mungkin menunya ditiruvasi dari KFC tapi harga yang ditawarkan lebih murah dari KFC! Percayalah!




Pernah dulu kita sibuk dengan Kempen BMF (Buy Muslim First) atau Beli Barangan Muslim Dahulu. Sekarang macam dah slow je kan dah tak serancak dulu. Tapi jauh di sudut hati Kakmim memang akan selalu support BMF. Eh, bukan racist ya. Kadang-kala ada jugak produk bumiputera yang indah khabar dari rupa. Kalau dapat yang macam tu mintak maaf lah, Kakmim terpaksa jugak cari jenama lain.




Berbalik kepada CFC ni, CFC ni baru lagi bertapak di bandaraya Kuching pada tahun 2020, selepas PKP tu. Foundernya ialah seorang anak muda yang berpandangan jauh. CFC bukan saja dah ada personal branding tetapi siap ada runner sendiri pulak tu!




Seronok bila membeli di outlet CFC dan kita dilayan oleh anak-anak muda yang melayan kita begitu sopan dan juga patuh syariah. Makanan yang disediakan pula sudah tentu halalan toyyiban kerana kita tau foundernya orang kita sendiri.




Hari ni tadi Kakmim malas nak masak. Mood memasak tenggelam ke laut dalam. Tapi lauk basah tetap kena stok untuk seminggu ni. So kami laki bini keluar jugak untuk mencari stok ayam, ikan dan sayur. Lepas beli stok lauk seminggu Kakmim ajak Encik Suami beli makanan siap untuk tapau. Beliau pun on kan saje. Tak pernah tak setuju. Hihi. Tapi takde idea pulak nak tapau apa. Tetiba teringat ayam goreng. Budak-budak ni kalau ayam goreng memang takkan tolak punya! So kami pergi tapau di CFC Mydin.



Kami kalau tapau CFC mesti akan ambik set family combo A. Ada ayam goreng, fries, wedges dan juga soft drink. Harga sangat berpatutan dan portion sangat puas hati. Set combo yang lain pula seperti di bawah.


Ok tak menunya?


Ada lagi untuk set single.


Ala carte pun ada.


CFC tak pakai air berkarbonat yang pam macam di KFC tu. Mereka guna air botol yang kita beli macam di supermarket. Kalau dulu mereka bagi air Cola botol kecik comel tapi mungkin susah nak dapatkan stok kot sekarang so diorang letak dalam cup dah.


Order kami, set family combo A, add on nasi & crispy burger.


Totalnya tak sampai RM40.


Ayam goreng CFC.


Wedges menimbun.


Fries yang banyak.


Nasi ayam biasa tapi rasa luar biasa.


Strategi marketing nampak terancang. Bagus RP CFC ni. 


Founder CFC yang berdiri tu. Tahniah anak muda!

Gambar-gambar ni ada yang Kakmim ambil sendiri, ada jugak Kakmim ambik dari FB CFC Sarawak. 



Akhir kata, orang Kuching jom support CFC Sarawak, support CFC support BMF! 
Mun sik kita, sapa agik? Klik jak page sidak sitok 


17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Boleh di coba ya. Mun bukan kita Sapa lagik nak support nak owh.

    ReplyDelete
  2. WOW. Murahnya!!

    Ema kalau nak buat sendiri ayam goreng kat rumah, pakai Tepung Goreng "Bestari"
    Sedap 👍🏻

    ReplyDelete
  3. kalau dia mampu tewaskan KFC, apa salahnya kan ;)

    ReplyDelete
  4. Kalau di utara pernah ada Radix Fried Chicken, oleh pengasas kopi Radix. Tapi sekarang tak pasti masih ada atau tidak. Apapun marilah kita support usaha anak-anak muda kita :) suka tengok generasi sekarang yg minat berniaga.

    ReplyDelete
  5. Lapar plak tgk ayam tu.. Kalau ada pilihan yg murah pasti kita pilih yg murah kn

    ReplyDelete
  6. waa kalau sedap dari KFC! nak juga cfc ni ada dekat penang

    ReplyDelete
  7. Kalau sedap dan boleh maintain kesedapan tu, inshaAllah akan maju ke depan. Betullah kakmim, yang dulu tu nampak slow dah sekarang. Harga CFC ni boleh tahan murah tu.

    ReplyDelete
  8. Murahnya manok goreng RM 2 je. Semoga CFC maju jaya

    ReplyDelete
  9. Wah! besar-besar ketulan ayam goreng CFC tu kalau sedap memang patutlah kita support BMF gittewww...

    ReplyDelete
  10. murah tu ayam seketul RM2 aje. kalau dekat mama dah borong dah ni

    ReplyDelete
  11. sedap !! masa ke Sarawak dulu ada kawan bawa makan sni..
    rasa tak adalah sama dengan KFC tapi sedap je still berbaloi =D

    ReplyDelete
  12. eehhh saya bukan makan CFC.. saya makan alamak.. nama apa eh..
    x ingat dah. tapi menu dia mcm KFC juga.. saya ingt makan tu di hypermart masa ke Serikin..

    ReplyDelete
  13. aieee nyaman ada rupa ayam nya ya kak!!

    ReplyDelete
  14. Best-best juak makanan di Kuching kinek. Dah la murah reganya. Dolok suka ngabas mydin pakei meli stok barang dapur, semua jak ada cya. Oh rindu Kuching!

    ReplyDelete
  15. Murah juga harganya.. tengok menu pun best! Kalau la ada kat KL..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form