Hari ni Kakmim BDR tapi ada bengkel yang perlu dihadiri secara online. Maka hari Isnin Kakmim bermula seperti kebiasaannya cuma tak perlu bersiap ke ofis. Semalam lagi cikgu Alan dah pesan hari Isnin tak perlu bawak bekal kerana makanan akan disediakan. Mungkin ada budak sambut birthday kot. So selamatlah tak perlu masak bekal. On the way nak hantar Alan singgah beli kuih untuk breakfast Alan dalam kereta dan abang kakak di rumah nanti.
Sampai je di rumah balik dari hantar Alan terus register masuk bengkel di Teams kemudian setting Zoom pulak untuk si Kakak. Sesambil tunggu bengkel start, makan kuih-kuih yang dibeli tadi untuk alas perut.
Penat otak hari ni bila bengkel melibatkan OBE, CLO, CEFR ni semua. Paling stress habis je slot dari 3 orang penceramah ada kuiz pulak dah. Bukan penilaian kursus tapi memang betul kuiz pemahaman bengkel. Nasib jugaklah memang fokus dan ambik gambar slide untuk nota. Huhu! Pandai diorang ye tak inform di awal bengkel pasal penilaian ni.
Tengah fokus, ada pulak junior opis cod biskut yang wife dia jual. Apalagi terus ngap lah memang dah lapar. 12 tengah hari masih semangat diorang ni present slide. Perut dah berkeroncong lagu techno.
Bolehlah untuk boost hormon kegembiraan kan?
Ibu sibuk dengan hal sendiri sampai tak sempat tanya Kakak, zoom tadi untuk kelas diorang je atau untuk seluruh kelas. Ibu kan dah remind awal jangan ganggu Ibu. Sori anak-anak Ibu.
Sementara Abang dan Imran, cikgu dah bagi video dan latihan. Ibu pesan je diorang berdua tengok dulu nanti Ibu ajar semula sebelum buat latihan. Imran yang masih minggu transisi darjah 1, cikgu bagi task buat video pengenalan diri.
Lepas selesai quick lunch baru Ibu dapat buat video untuk Imran. Lunch pun ala kadar je. Kakak tolong masakkan nasik, Ayah pulak kebetulan balik rumah sekejap Ibu pesan belikan ayam goreng rm2 tu untuk kami 4 beranak. Itulah lunch kami, nasik dan ayam goreng. Alan pulak Ibu mintak tolong adik ambikkan dari sekolah sebab Ibu tak habis lagi berbengkel.
Fuh lega!
Rehat sekejap baru dapat assist Abang semula untuk buat latihan. Kakak pulak perlu diprint latihannya. Lepas siap kena send ke telegram cikgu lagi.
Adoi, memang penat! Nak buat kerja sendiri, nak ajar budak-budak lagi. Mistake malam tadi tak masak siap-siap untuk lunch hari ni. Lain kali kena prepare awal. Nak order grab pun macam tak sempat je. Sekarang pun tak mampu nak buat apa. Melayan mata sambil taip henpon update blog je ni. Penatnya lebih daripada kerja di ofis.
Begitulah...
hadoiiii paling ngeri bila g kursus ada test....
ReplyDeleteKan? Nasib lah td dpt cemerlang.. terus zasss sijil masuk email
DeleteAduh baca ni pun rasa penat jugak. BDR pun penat jugak mata tengok skrin lama-lama
ReplyDeletepenat work from ni....cptla bole masuk opis...sedap nmpk cookies tu
ReplyDeletebertabah ye kak mim..moga semau anak2 dapat belajar dgn baik dgn pembelajaran pdpr
ReplyDeleteTake care kakmim, patutlah lama tak datang blog 😊
ReplyDeleteNanti dah free bw ke blog ya 😊
Dapat bayangkan kepenatan tu dengan kiri sendiri dan nak pantau anak anak lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan hari hari kakmim dengan urusan kerja dan anak anak. Aaminn
ReplyDeletePenatnya saya tengok, bekerja dari rumah. Seram juga ye, habis bengkel, ada kuiz. Semoga segala kerja dipermudahkan bagi kakmim. Darjah 1 pun kena buat video yek. Wow.
ReplyDeletecookies yg mengembirakan tu juga menggemukkan ahahah bahayaaa!!!
ReplyDeletehousemate kamek cikgu tahfiz..tiap hari pagi2 dengar suara biak mengaji kat tingkat atas..sidak tasmik online guna zoom..
ReplyDeletecabaran ibu bapa dan guru zaman sekarang. semoga dipermudahkan urusan belajar anak2 :)
ReplyDeleteMemang tak menang tangan dibuatnya. Apa pun moga urusan harian Kakmim and the kids berjalan lancar.
ReplyDeleteMemang BDR & PDPR sangat memenatkan! Tak boleh nak kata apa dah. Hanya yang mengalaminya saja yang faham benda ni.
ReplyDeleteBDR dan PDPR nang mencabar sik kira dari sisi cikgu, murid ngan mak bapak cdak. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.
ReplyDelete