Almanac & Kakmim memang tak dapat dipisahkan! - Itu komen kawan Kakmim bila Kakmim post berkaitan almanac di FB. Kah! Kah! Kah!
Benda wajib ada pada awal tahun, tak lain dan tak bukan ialah almanac. Kakmim dah terbiasa mesti ada almanac sebab dari kecik lagi dah tengok bapak Kakmim selalu mencatatkan sesuatu peristiwa penting di almanac. Contohnya, kalau ada saudara-mara yang meninggal pasti akan dicatatkan di almanac kerana dekat almanac dah siap bulan hijrah (bulan Islam selalu orang cakap) so next year senang nak tengok bila hari hol nya pulak (tahlil arwah).
Begitulah besarnya impak almanac dalam hidup Kakmim!
Apabila berada di alam pekerjaan, semua perkara berkaitan kerja Kakmim akan catatkan di almanac. Sebab tu jarang nak berplanner. Almanac ni mudah dipandang, letaknya berdiri statik di atas meja. Cuti rehat ke, event penting ke, budak exam ke semua conteng je di almanac. Kakmim cuma sediakan buku catatan je untuk conteng-conteng perkara penting yang perlu dibuat, kalau melibatkan perancangan tarikh semuanya di almanac.
Pernah 2 tahun lepas almanac keluar lambat! Almanac rasmi kerajaan negeri Sarawak ni hanya Percetakan Nasional Berhad (PNB) je yang print so semuanya bergantung kepada mereka. Kekadang boleh pulak habis di pasaran. Selalunya PNB ni akan mengutamakan jabatan-jabatan kerajaan yang buat bulk order melalui LPO. Oh ya! Kat sini memang ofis bagi almanac ni untuk setiap penjawat awam ye tapi tak semua jabatanlah. Macam jabatan kami, kena beli sendiri. Tak termasuk dalam bajet ABM.
Oh, ya. Apa sebenarnya almanac ni? Best sangat ke? Baiklah Kakmim paste ni daripada Wikipedia.
An almanac (also spelled almanack and almanach) is an annual publication listing a set of events forthcoming in the next year. It includes information like weather forecasts, farmers' planting dates, tide tables, and other tabular data often arranged according to the calendar.
Macam ni lah antara muka depan almanac. Ni wajib ada senanglah nak tengok bila PH dan senang plan bila nak ambik cuti.
Dalam almanac ni ada 3 kalendar utama iaiatu bulan hijrah, masihi dan juga cina. Senang nak alert bulan-bulan Islam. Yang penting senang nak tau bila 1 Ramadhan dan wajib dah ganti puasa dari sekarang. Lagi satu kalau orang Sarawak kena alert jugak dengan king tide (air pasang). Kalau musim hujan dan jugak cun timing dengan king tide, air boleh melimpah di jalan. Kalau hujan tak berhenti boleh banjir kilat bagi di kawasan yang rendah.
Cover depan memang bertukar-tukar setiap tahun. Tahun 2021 bertemakan konsep Sarawak Digital.
Ini cover tahun 2015.
Kakmim tak buang setiap almanac ni sejak tahun 2015. Kakmim simpan di ofis. Kadang-kala bila nak rujuk sesuatu Kakmim akan carik balik almanac previous year ni. Biasalah di ofis kekadang ada audit ke, lawatan rasmi ke, tengok dalam almanac senang in case ada maklumat yang diperlukan dalam report.
Colleague Kakmim yang dari Semenanjung pun dah terbiasa dengan penggunaan almanac ni.Ada yang dah berpindah balik ke Semenanjung pun masih rindu nak conteng-conteng almanac!! Hahaha!
wak tgh cari kalendar kuda tapi x jumpa2 lagi., huhuhu
ReplyDeleteKalendar kuda ni mmg legend!! Sy pn x jmpa lg thn ni kalendar tu wak
DeleteSlam kakmim...syg amanac x lgkap 12 bulan..almanac kakmim mpun sharing tok nang best...bila zoom ttap sharp...yg ada d fb nun frust ngga...zoom jdi blur.Pliz kakmim....he3
DeleteWslm... ktk mok yg dlm fail pdf kah? berik email ktk
DeleteBaguss ada almanac ni ye.. Tp kita sejenis malas nya la nak menulis.. Hnya catat tarikh2 penting je kat kalendar biasa.. 😅
ReplyDeleteSenang nk refer kalo conteng kt sini bkn tulis pnjg lebar pun ðŸ¤ðŸ¤
Deletewah bagusnya. boleh tau tarikh2 penting
ReplyDeleteBetul tu dila 😊😊
DeleteOh, kat sini, saya tak pernah jumpa almanac. Tapi data-data tu, ada dalam diary saya pernah beli dulu. Sekarang ni, saya pakai kalendar kuda. Selain tu, kalendar islam yang rupanya macam kalendar kuda juga, cuma tarikhnya bulan islam. Bagus almanac tu ye. Lengkap.
ReplyDeletealmanac yg kami guna ni official dr state.. dah terbiasa guna ni utk keja dan peribadi jugak.. hehehe
DeleteSetakat ni belum terimak gik almanac. Selalu jabatan yang sedia, bukan beli sendirik. Hehe. Harap cepatlah agihan tahun tok. Mudah-mudahan. :) Bagi kmk pulak, almanac tok pakei kmk tulis if ada function dalaman dan luaran jabatan. Senang nak ingat kata kakmin tek bila molah report.
ReplyDeletekmk masa di tempat lama salu tgu opis berik tp ya lah kdg² lmbt ngu turn pnb printing... so mmg akn beli kedirik juak
DeleteAlmanac lebih detail...
ReplyDeleteboleh tahan lah uncle.. hehehe
DeleteOwh itu namanya alamak
ReplyDeleteeh almanak
eh eh.. hehehe
DeleteBest tu. Senangkan, apa2 cari balik dalam tu je. Untuk semakan.
ReplyDeleteitu lah tapi kena selalu conteng dlm tu.. kalau x conteng xde guna jugak.. hehehehe
Deleteini obsession yg jarang dgr ni !!!!
ReplyDeletex perasan pulak yg ni pun boleh dipanggil obsesion.. haha
DeleteSelalu kalendar almanak nie sy letak kat opis jea, sebab senang nak catat perkara yg perlu...apapun Selamat Tahun Baru kak Mim.. semoga kita semua dilindungi Allah..
ReplyDeleteselamat tahun baru shikin.. amin
Deleteserba lengkap almanac ni ye..
ReplyDeletekakmim suka sbb ada bulan islam tu senang nak tgk hari dan tarikhnya
DeleteOhh baru tahu almanac tu apa. kakmim, link wikipedia tu broken link. Paste link baru kakmim :)
ReplyDeletejenis saya suka tulis dalam planner/diary. Suka catat dan menulis ni senang nak buat rujukan. kadang kita ni mudah terlupa. bukan semua benda kita ingat pun. Lagilah yang dah lama terjadi tu.
x perasan pulak broken link... akak dh paste link baru.. hehhehe.. tq fiza
Delete