Mungkin kerana simptom FoMo, bangun pagi terbukak jer mata mesti check henfon dulu. Mesti bukak Whatsapp dulu, manatau ada mesej penting ke tengah malam tadi then baru bukak Telegram. Selalunya kalau weekend tak bukak Telegram sebab Telegram banyak urusan kerja & rasmi jer.
Pagi tadi bangun pagi Kakmim bukak FB dulu sebab suka tengok Memories. Tetiba ada notification daripada BFF Encik Suami semasa di Putrajaya dulu. Dia up balik gambar bawah ni.
13 Disember 2016 - BFF Encik Suami antar report kat Kakmim, Encik Suami memang surprised tahap terkezut beruk masa ni. Terkedu sampai berlinang air mata 😂😂😂
Encik Suami cerita balik, time tu dia memang blur. Masa tu member ofis cakap ada orang cari dia pastu ada 'barang' pulak orang tu bagi. Dia pun pelik entah sapalah carik dia di Putrajaya time tu. Rupanyaaaa...
Kakmim order carrot cake jer pun dari akak di HQ kebetulan selalu nampak dia promote kek-kek yang dia jual di IG. Lepas tu Kakmim komplot pulak dengan BFF Encik Suami (pangkat adik).. junior lagi. Plannya akak baker akan delivery ke IKN pass ke Akhil dan pandai-pandailah Akhil nak buat macam mana. Dan ternyata surprise time tu menjadi! Hihihi!
Tak ingat pulak kenapa Encik Suami tak balik Kuching masa tu. Rasanya sebab balance cuti dia tak banyak lagi kot. Ye lah kalau balik je Kuching mesti cuti 2 minggu. 2016 pulak tahun pertama PJJ so tak reti lagi nak manage cuti untuk sepanjang tahun 😂😂
Apapun tak semuanya pahit bila PJJ, ada jugak saat manis untuk dikenang. Pokok pangkalnya kena selalu think positive ☺️
Sweet memory! Memang terkejut dan terharu sungguh tu sambil menitis airmata! Romantiknya.
ReplyDeleteHihi.. boleh pakai hashtag #mudahtersentuh kot kak amie 😂😂
DeleteKenangan kedak tok lah yang manis. Manis bila dikenang semula. :)
ReplyDeleteDecember 13, 2020 at 7:06 PM
DeleteAok mem.. yg pahit ada juak tp pakei apa ngenang yg x best.. yg x best kita jdkan pengajaran jak ☺️☺️☺️
sibbaik bukan artis si Mira Filza yg jeliter tu hantar kek.. khannnss
ReplyDeleteehehe manisss begulaa ni trobeck..
ReplyDeletekenangn kan.. mmg kadang2 senyum sndiri tngk memories FB tu.
romantic nyaaaa
ReplyDeleteMahunya tak terharu bila wife buat surprise tu kakmim. Manisssss
ReplyDelete