Makan Western di Sharing Tree, Metrocity

Sabtu lepas tadika PASTI si #anakno4 Alan dah register untuk persekolahan sesi 2021. Tinggal seorang je lagi tadika, 3 orang dah masuk sekolah rendah. Yang sulung tahun depan last di sekolah rendah. Hmm.. Cepatnya masa berlalu. 

Lepas register di PASTI, bayar itu dan ini, Ibu dan Ayah pun bawak Alan makan sebelum pegi window shopping. Maklumlah bukan selalu nak keluar dengan si bongsu ni sorang. Selalunya kalau keluar mesti semua ada ataupun semua takde. Kalau semua takde tu namanya Ibu Ayah dating. Hihi.

Macam takde idea jugak nak makan apa so pegi je lah Sharing Tree di Metrocity. Sampai je kat sana hanya ada 1 famili je. So enjoy lah Kakmim ambik gambar. Kalau ramai orang segan jugak la wey. Lainlah kalau BBNU takpe. Memang dah difahami minat mereka berposing dan bergambar.

Dah trend zaman sekarang dah takde dah buku or katalog menu, semua main scan QR code je.

 
Bila dah decide menu kita sendiri tulis apa yang kita order. Nasib bukan macam Pizza Hut, key in terus menu dalam apps.


Ni ayam goreng Alan. Tak habis pun, siap tapau lagi.


Menu Ibu. Fries tu bagi kat Alan, nasik share jugak dengan Ayah.


Spagetti Alio Oglio with grilled chicken. Menu Ayah & dibantu Alan.


Ice cream Alan. Yang air manis tu pulak ada 2 ketul manusia punya.. cheat day konon.


Alan menikmati ice creamnya. Kesian jugak dia sorang-sorang. Selalunya riuh jer diorang 4 beradik bercerita sesambil menunggu order sampai.


Alan & yours truly 🥰


Makan kat sini takdelah mahal sangat. Kalau order 1 menu je pun dah cukup kot sebab portionnya banyak, boleh share 2 orang. Sebab tu nama pun Sharing.

Tapi set yang kami order tu set combo lunch. RM10 je, kalau nak ice lemon tea tambah RM1. Kalau nak soft drink tambah RM2. Ok kan set combo lunch tu. Tu pun boleh share jugak bagi yang tak makan banyak. 

Rasanya sekian saja kot review tempat makan medium range di Kuching, especially Petra Jaya. Kakmim suka sini sebab boleh makan di open space area. Tapi kalau weekdays servis agak slow kat sini masa peak hour. Malam pulak tak pernah pegi. Selalu makan time siang je. Hehehe!

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Wah.. sedapnya..Kakmin macam saya, kalau ramai org dlm kedai memang dah malu nak amik gambar. hehehe.

    Dah nak sekolah tahun 2021 dah, hope covid cepat berlalu. Kesian anak2 nk sekolah. Dorang rindu kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga thn dpn thn yg lebih baik buat kita kan??

      Delete
  2. walau nampak dia bosan sorg2 tapi Alan sure happy dpt makan ais krim kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu order eskrim spy dia hepi.. org dh biasa ada abg kakak kan? kesian

      Delete
  3. Spaghetti dengan coke tu sedapnya kalau dapat tengah2 hari ni, Kak Mim

    ReplyDelete
  4. best nampak sedap betul Spagetti Alio Oglio with grilled chicken

    ReplyDelete
  5. Hidangan western yang boleh tahan murah harganya tu kakmim. Si bongsu dating sesekali dengan ayah dan ibu :)

    ReplyDelete
  6. Alolooo...comelnya Alan dengan aiskrim dia. Mari auntie temankan makan sama.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form