Makan Rojak Di Burger King?

Itulah akibatnya bila sorang nak makan rojak, sorang lagi nak makan burger. Jawabnya merojaklah di fast food restaurant. Tinggal malu atau tak malu je. Hahaha! Kalau urat malu tu tebal memang takkan punya nak makan outside food di kedai lain. Kan? Kan? 


Alkisahnya time macam ni lah baru dapat dating time kerja. Kalau budak² sekolah confirmnya sibuk dengan urusan ambik anak balik sekolah di tengah hari. Kekadang makan pun dalam kereta bersama Abang atau Kakak.


Kalau orang Kuching mesti familiar dengan nama Stone Ice ni. Tempat glamer nak makan rojak buah, rojak kangkung ataupun ABC. Dulu Stone Ice ni di Wisma Saberkas je. Tapi sekarang di Plaza Merdeka pun dah ada. Dalam Grab Food dan Food Panda pun ada.


Apa signature menu di Stone Ice ni? Mestilah rojak buahnya. Selain tu ada rojak sotong, laksa Sarawak, Meehoon Belacan dan semestinya pelbagai jenis ABC.


Rojak buah kat sini agak mahal ye sebab dia kira ikut gram. Korang boleh pilih jer buah apa yang korang suka tapi makin banyak yang korang pilih, makin beratlah pulak ye dan of course mahal lah harganya. Tapi puas hati sebab dapat makan apa jer buah atau manisan yang kita suka. Pilih dan masuk jer masuk dalam box tu nanti dia akan timbang. Hahaha!


Memandangkan Kakmim memang dah lama nak makan rojak dan perut pun tak berapa nak lapar, Kakmim pegi tapau di Stone Ice dan Encik Suami pergi Q di BK. Biasalah time lunch orang agak ramai di BK tu. So untuk menjimatkan masa macam tu jer lah caranya. Nasib baik jugak kitorang berpecah sebab memang lama Q dan tunggu order di BK.


Kakmim sebenarnya dah setel awal dah di Stone Ice. Kakmim pilih timun, sengkuang, tauhu kering manis, jambu air, betik, nanas dan semestinya sotong! Tapi kena duduk diam-diam dulu tunggu Whopper yang diorder Encik Suami siap. Ada jugak urat malu tu rupanya ye makcik Kakmim. Selagi BK yang diorder tak sampai rojak pun masih tersimpan rapi. Hihi!!

Puas hati hakak makan rojak buah pilihan Kakmim. 

 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. wak pon dh lama x mamam rojak petis yg pedas tuuh.. 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Td tgk kt entri wak dh jumpa dh rojak petis tu.. alhamdulillah 😊😊😊

      Delete
  2. Dua-dua saya suka, rojak dan burger king. Suami saya pun selalu tapau nasi kandaq, makan di foodcourt shopping mall. Pelik je orang tengok sebab bau sedap. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe.. kita kn ada order jugak kt food court tu.. dimaafkan.. haha.. kalo saya mmg selalu bawak air suam dr umah so kdg x order air order mkn je.. pastu tetiba keluarkan tupperware air dr beg doraemon 🤭🤭🤭

      Delete
  3. sedap tu rojak buah..hah kena hati kering mkn rojak kt tmpt fast food hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kena bermonolog dlm hati selalu, peduli hape aku 😂😂😂

      Delete
  4. Kalau makan rojak, sengkuang wajib ado.... dan kuahnya mesti lebih dari buah hahahahaaa...sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullll!! Nk kacang lebih dan pedasssss jugak 😂😂

      Delete
  5. Kmk belum penah pegi gik Stone Ice ya. Kelak mun ada ke Kuching, kmk cobanya ok. Konsepnya makin berat di ambik, makan mahal harganya. Hihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah dating klak.. tp iboh order lain klak x terabis rojak klak 😅😅

      Delete
  6. rojak ni mmg refreshing kan... selalu klu atie pergi makan Aeon yg Dlaksa tu..sure order rojak skali

    ReplyDelete
  7. Sedapnya rojak. Terliur tengok rojak kakmim beli tu ha..Lama tak jumpa rojak.
    hehe..kalau tak jadi masalah bawa makanan luar, okay je. Ada sesetengah kedai tak bagi bawa masuk pun. huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form