LAGU CINTA KITA 2 - EPISOD 4

Malam tadi dah start competition sebenar dan 2 pasangan telah pun disingkirkan. Syukur pasangan favourite Kakmim selamat. Persembahan malam tadi pun memukau. Kakmim suka!


Pasangan yang tersingkir malam tadi ialah pasangan  #ZhafriLopez & #IndraFarah. Serius la memang tak best pun diorang semalam. Ajai kedekut gila bagi markah dan mami Mas Idayu marah gila!


1 lagi pasangan yang mendapat markah bottom 3 ialah #AmirBalqis tapi masih rezeki mereka di LCK2 dan mereka terselamat. Lagu dah best dah "Sway" tapi tu lah mistake sana-sini sampai Ajai pun marah.


Apapun #HarizMafa dan #KaelEvie tetap mantap! Tapi Kakmim love sangat couple #KaelEvie. Nampak profesional je, memang nak bertanding kerana bakat bukan mencari cinta semata. Cheh, macam tau pulak aku ni hati budi orang. 


Bukan Cinta Biasa dari couple #KaelEvie



Peluang Kedua dari #HarizMafa


Selepas #HarizMafa abis nyanyi HH bagi standing ovation, ye lah lagu dia kan.. HH cakap diorang perform ikut cara diorang sendiri takde pun ikut Nabila. Tapi betul lah suara Mafa ni memang power daripada suara Nabila. Eh?


#notakakmim: quick update je sebab ada keja nak setel sebelum meeting pengurusan sok

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Saya selalu intai-intai cuplikan yang dikongsi di Youtube je. Belum berpeluang nak tengok penuh.

    ReplyDelete
  2. Ala, tak tengok lagi show ni..Banyak sangat show kita pening nak tengok mana satu. hihi.

    ReplyDelete
  3. Oh tak sempat tengok ni semalam..

    ReplyDelete
  4. Jeling-jeling jew sambil buat kerja lain.

    ReplyDelete
  5. waaaaa betul la.. baru first time dgr suara Mafa.. power

    ReplyDelete
  6. Ada jugak tengok sambil2 duk makan kat dining. Cuma tak tahu nama rancangan ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form