Disember Hari Kawen Kakmim

Ada apa dengan Disember?? Jeng jeng jeng... suka sangat entri bulan Disember ni. Mesti ada major throwback yang mengembalikan nostalgia gitu. Haaa.. sapa yang sambut anniversary bulan ni?? Kita geng!

Nanti 14 Disember jemput datang ye ke majlis persandingan Kakmim. Jangan lupa tau! 

.

.

.

Malam tadi lepas dinner sembang dengan #anakno4 Alan. Biasalah dia ni paling lambat makan sebab khusyuk sangat makan nasik dulu barulah makan lauk.



Ibu: Alan, besok dah bulan Disember. Hari kawen Ayah & Ibu.
Alan: Bukan ke Ayah & Ibu dah kawen?
Ibu: Bukan Ibu Ayah kawen semula tapi hari ulang tahun hari kawen.
Alan: Oh, kita ulang balik hari Ayah Ibu kawen ke? Pastu kami, kakak, abang, Awan pegi mana nanti?


Ah, sudah budak ni dia tak faham konsep hari ulang tahun perkahwinan.


Ibu: Tak payah pegi memana. Ala, macam nenek & bapak dulu, hari kawen jugak.
Alan: Oh, kita ambik gambar sama-sama ke Ibu?

Ye lah, ye lah. Hahaha. 


Bila Alan mention pasal ambik gambar sama-sama macam teringin pulak nak re-photoshoot balik macam gambar kawen dulu kan? Tapi tak dapatlah nak pakai baju masa sanding or akad dulu. Masa tu Kakmim slimmmm bangettttt. Rasanya macam tak lama lagi si kakak #anakno1 pun dah boleh pakai dah baju akad tu. Hihihi.



What say you? Mesti best kan? 



Tapi.. segan pulak. 🙈



Itu namanya... mahu tapi malu. 



Mengada-ngada betul kan?


13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kawan kita pakai baju kawen dia balik kak mim. anniversary tahun ni lah. bulan oktober lepas. dorg photoshoot skali dgn anak2. kita takde baju nikah/sanding, semua sewa. baju tunang adalah, muat lagi cuma nampak kita sgt berisi. hihiiii... happy anniversary kak mim. disember ulangtahun suami ku. 31 disember, adeih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. kalau dia pakai bj masa kawen tu mmg maintainlah bodynya.. hihi.. tq cha.. mgu dpn anniversarynya 🥳

      Delete
  2. Seronoknya kalau dapat sarung semula baju kawen.
    Cubalah buat re-photoshoot balik macam gambar kawen dulu-dulu. Maulaaaa... tak maulaa malu heheeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan amie.. tmbh meriah kalo anak2 yg konon2 jd pengapit 🤭🤭

      Delete
  3. hehe mesti punya akan ada hari2 yang mengimbau nostalgia..
    semoga sentiasa bahagia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq siti.. semoga siti pun sama.. bahagia selamanya

      Delete
  4. Apa salahnya kakmim. Photoshoot sendiri, tengok sendiri. Untuk kenangan. Happy anniversary in advance

    ReplyDelete
  5. Kali ni photoshoot dengan anak-anak sekali, Kakmim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... kalau jadi mmg ajaiblah... berangan je skrg

      Delete
  6. Wahh seronok ni hari kawen dah sampai. Hehe..macam macam persoalan Alan ye. Pernah juga terfikir nak pakai baju kawen masa anniversary. menarik idea tu kak. sila mulakan dulu kakmim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah tgk org di fb photoshoot dgn anak² ms anniversary... kakmim xde kekuatan lg ni sbnrnya

      Delete
  7. saya setujuuuu!!! tibahhh..hahaha...kamek teringin juak mok ambik gambar kawen kat studio..kelak la tunggu anniversary setiap 10 tahun ka..hahahahha..mun panjang jodohnya...insya'Allah..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form