Kakmim mula pandai order Grab Food sejak PKP hari tu. Bayangkan masa tu nak keluar rumah pun susah, ketua keluarga pula kena kuarantin di pusat kuarantin, so takdelah frontliner kat umah yang boleh tapau makanan dari luar. Selalunya tiap petang sebelum balik keja Encik Suami akan tanya ada nak apa-apa tak? Bila dia dah takde nak tak nak belajar jugak order guna Grab Food 😅
Bila dah terer tu apalagi asyik la 😂😂 kalau dah boring makan masakan sendiri kita order je lah. Yang tukang tunggu rider pun asyik jugak ada alasan nak main kat luar 😂😂
Sempena hujung tahun ni Grab ada sesuatu untuk semua customernya tau! Kalau ada install Grab di henfon tu bolehlah tengok report masing-masing untuk tahun 2020 ni.
Bukak jer apps Grab, scroll bawah sikit dan cari Year with Grab #Remember2020 tu. Klik jer yang tu.
Lepas tu scroll jer ke bawah.
Scroll lagi.
Dan lagi.
Dan lagi
Dan seterusnya.
Itu jer lah 😂😂😂
Saja suka-suka. Takde benda sangat pun.
Antara Grab Food dan Food Panda, Kakmim memang prefer Grab Food sebab kat area taman Kakmim ni Food Panda ni limited. Dalam Grab Food lagi banyak choice kedainya.
Orang kata Food Panda lagi murah daripada Grab Food tapi takpelah dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain. Dan semestinya rezeki rider Grab Food ni kot.
Hari tu #budakkaran datang kolej sebab nak setelkan dokumen nak sambung ke Politeknik so Kakmim sempat interviu dia pasal sistem rider ni. Kebetulan dia memang buat Food Panda. Kesimpulannya paling basic dia boleh dapat dalam RM1200-RM1400 seminggu! Setiap hari Rabu payday. Itu paling malaslah, dengan purata 30 order sehari. Cuba bayangkan bagi yang ambik order lebih dari tu sehari? Seminggu dah berapa? Sebulan?
Tapi dia cakap, penat memang penat la. Manada nak rehat-rehat, kalau lambat sikit badge akan drop. Tapi memang nampaklah dia agak slim sedikit berbanding zaman belajar di kolej.
Apapun Kakmim respek jugak budak-budak sekarang, cuti semester pandai carik part time. Ni nak masuk Poli nanti dah tak payah dah nak susahkan orang tua lagi.
Eh, keluar topik lah pulak! Jangan lupa tau support rider kita. Respeklah mereka sebab mereka pun dah banyak permudahkan urusan kita.
selalu guna foodpanda...zmn sekrg ni byk cara boleh dpt income..ada hp, ada internet..boleh jana income..
ReplyDeleteKan? Tgl nak atau tak nak je
Deleterm4800 sebulan income? leh bayar income tax nih.. hehehe
ReplyDeleteYg tu nk kena tanya org lhdn cmne.. hehehe
DeleteKan!! kita pun respect gila kat bdk2 rider ni...
ReplyDeletekalau la kita bole bawa moto, nak gak try jadi rider hhehehe....
Mcm syok je kn? Kalo reg grab boleh je buat grab food guna keta.. hehehe
DeleteAla, kakmim promote grab pulak. Saya baru unlink payment method tu ha..skang guna foodpanda je.
ReplyDeletefuhhh banyak gak income mereka kan kak.