Cara Menukar Video Ke Format GIF

Siapa yang selalu baca blog Tiga Lalat mesti perasan yang gambar yang Wak masukkan di entrinya bukanlah gambar statik seperti yang kita selalu masukkan. Kakmim pun tertanya-tanya jugak macam mana gambar Wak di blognya banyak yang animated tapi tak jugak tertanya kepada empunya badan. Itulah orang tua kata, malu bertanya sampai bila pun tak sampai sebab tak jumpa jalan. Kah! Kah!


Nasib baiklah blogger Eza Boom Boom rajin tangan menanya di komen, maka terbitnya tutorial dari Wak di sini http://tigalalat.blogspot.com/2020/12/tutorial-how-to-add-animated-photo-into.html. Terima kasih Wak atas ilmunya!! Rupanya mudah jer. 


Dan terimalah animated gif Kakmim yang pertama! 


Senang je nak convert video ke format GIF ni. 
  1. Shoot video guna handphone.
  2. Save as macam biasa.
  3. Convert ke format GIF di https://www.onlineconverter.com/video-to-gif. 
  4. Siap convert, download dan save macam biasa. 
  5. Dah boleh upload dalam post di Blogger!

Senang jer kan?


Tapi mula-mula tu Kakmim tak terfikir jugak camne nak tukar video ke GIF, tanya lagi Eza Boom Boom sebab dia dah buat jugak animated picture ikut tutorial daripada Wak. Aah kan guna jerlah online converter. Apalah pendek sangat akal si makcik Kakmim ni. Haha!!



Berbalik kepada animated picture Kakmim kat atas tu, sebenarnya ikan-ikan comel tu ialah ikan-ikan dalam akuarium Encik Suami. Baru jer berjinak-jinak nak bela ikan. Sebenarnya lama dah dia nak bela ikan tapi Kakmim tak percaya kat dia, takut dia hangat-hangat tahi ayam. Tiba-tiba balik kerja hari tu dia cakap dia dah beli akuarium. Baiklah! Kita layan jer lah.



Dari semalam pulak sibuk nak bawak si Abang pegi mancing. Hmm.. yer lah tu. Abang dari bangun pagi dah tanya jadi ke tak pegi mancing. Tup tup hari ni memang betul dia pergi selongkar beg pancing dia kat dalam stor. Dah keluar pun pegi mancing dengan si Abang. Hmm.. biarlah diorang berdua lepas gian sana. Balik nanti kita dengar cerita si Abang. Tadi dia dah  sempat berangan kalau dapat ikan pari dia suh Ibu masak. Hahaha!! Anak oh anak!


10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Panjang juga duration gif kakmim buat ni.. pandai dah.. lepas ni boleh la share byk2 gif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jakun kan buat panjang² hahhaha... sesambil tgu dia convert ke gif siap taip dah 2 perenggan.. hahahaaha

      Delete
  2. alhamdulillah.. beejaya jugk eek.. hehehe sharing is caring ye kakmim 😅😅😅

    ReplyDelete
  3. Kacak GIFnya ehhh.. Hihi. Ikan berenang-renang di akuarium. Yeayyy, berjaya akhirnya. Tumpang happy sekalik kmk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tq eza.. mun ktk x tyk xda lah wak share tutorial nya

      Delete
  4. Saya pun blur macamana nak save .gif tu sebab tak pernah buat. bolehlah cuba guna online converter tu macam kakmim. Berguna tutorial wak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah nnt... kalo fiza mst lg byk idea.. hehehe

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form