Apakah itu FoMo?


Pernahkah anda mendengar term FoMo? FoMo ialah akronim untuk Fear Of Missing Out. 


Kakmim mula-mula dengar term ni semasa join 1 webinar yang dianjurkan oleh jabatan iaitu webinar yang bertajuk Cyberpsycology. Menarik inti pati webinar ni kerana ia banyak berkait dengan situasi kita pada zaman sekarang.


                 


Kembali kepada term FoMo. Adakah anda seorang FoMo? Tak sure? Pastikan anda membaca sampai ke titik terakhir ya.


First of all, kita tengok dulu apa kata pakar tentang FoMo?


Akronim untuk FoMo iaitu “fear of missing out” ini didefinisi oleh pakar akademik di dalam jurnal saintifik, Computers in Human Behavior sebagai “perasaan takut apabila ketinggalan daripada perkembangan semasa.” Bagi orang lain, perasaan kurang senang ini datang apabila mereka melihat kehidupan orang lain yang meriah dan seronok di media sosial.


Adakah anda sebegitu? Masih tidak pasti?


Kalau mengikut garapan bahasa yang lebih mudah, FoMo ni ialah 1 perasaan yang tidak mahu ketinggalan di media sosial. FoMo ni ialah suatu kondisi di mana seseorang takut dikatakan tidak update, tidak gaul, dan takut ketinggalan berita yang sedang trending. Ertinya kalau tengah trending sesuatu di medsos tu, kita pun akan tak nak ketinggalan jugak.


Contohnya, masa PKP dulu. Orang sibuk buat Dalgona Coffee, korang buat jugak tak? Orang sibuk beli gelang pulut dakap? Nak jugak tak? Sekarang orang sibuk pulak kain Norwex? Beli ke tak? Itu antara contoh yang boleh dikaitkan dengan situasi semasa. Hihi! Terkena batang hidung sendiri.





Kakmim sendiri? Memang terasa ada jugak lah simptom FOMO ni. Especially kalau bab makan. Selalu jer terpengaruh dengan sharing kawan-kawan di medsos. Lain-lain tu selain daripada makanan ada jugak lah. Hmm... 


Menurut artikel yang Kakmim baca, FoMo ni memang selalu terjadi untuk generasi Y yang baya-baya Kakmim ni, yang lahir dari tahun 1980an - 1990an. Cumanya serius ke tak, itu je. Semuanya dari kita sendiri bagaimana kita nak mengawal diri supaya tidak terlalu obses dengan medsos pada zaman ni.


Dekan Fakulti Rawatan Psikoloji Universiti Ãœsküdar, Prof. Dr. Nevzat Tarhan memaklumkan; masalah psikiatri yang paling popular iaitu “takut ketinggalan kepada perkembangan semasa” atau singkatannya FOMO dipercayai berhubung rapat dengan ketagihan pada penggunaan laman media sosial.Facebook, Twitter dan Instagram adalah contoh laman media sosial yang dilihat digunakan secara aktif buat masa kini. 

“Sesetengah individu sebaik sahaja bangun tidur, terus membuka laman sosial media mereka untuk lihat apa yang dikongsikan, mereka membaca segala yang diterbitkan baik perkara baik atau buruk da adakala mereka akan mengikuti secara dekat sesuatu perkara” kata Tarhan.

Menurut Prof. Dr. Tarhan lagi ketagihan terhadap penggunaan media sosial ini boleh memberi kesan psikoloji kepada individu.

“Individu yang terlalu kerap menggunakan media sosial menyebabkan hormon yang dirembeskan di otak boleh meningkat walaupun tanpa mengambil apa-apa dadah. Kami memanggil dengan panggilan 'dadah maya'. Individu ini menunjukkan tanda-tanda FOMO, merasakan keperluan untuk diberi ganjaran dan menimbulkan beberapa persoalan. Mereka berasa kurang senang apabila tidak termasuk dalam persekitaran maya. Seperti perasaan mendap otak “ tambah beliau lagi.

Hmmm....


Soalan, adakah anda penghidap sindrom FoMo? 


Baca lebih lanjut di:








12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hari hari kene updet blog., hehehe

    ReplyDelete
  2. rasanya this symptom ada dlm semua kategori kan, walau sebagai fangirl .. rasanya kena tau cepat update2 ttg artist hahaha

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tu sy tau.. wak x terlibat langsung... hehehe

      Delete
  4. QUOTE Menurut Prof. Dr. Tarhan lagi ketagihan terhadap penggunaan media sosial ini boleh memberi kesan psikoloji kepada individu UNQUOTE

    hopefully kesan psikologi yg positif seperti sekarang sebab sebagai penulis/blogger sepenuh masa memang kena mengadap soc med untuk jana pendapatan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... mungkin pada blogger skrg kesannya positif... yg x brp berkenan tu tiktok... anak² better jgnlah didedahkan dgn tiktok terlalu awal

      Delete
  5. sikit sikit kot.. yang ikut kemampuan boleh lah. Yang tak boleh, perati tepi. Tak beli norwex. hehe...Dalgona tu terjebak mula mula dulu. haha
    Pulut dakap tu, dakap dalam dakapan mimpi je. huhu

    ReplyDelete
  6. Info baru ni untuk Kak Amie yang selalu ketinggalan keretapi. Ada dadah maya rupanya. Apa pun, dalam melakukan sesuatu perkara kenalah bersederhana, tidaklah berlebihan atau keterlaluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu kak... bersederhana dlm segala hal... jgn nk berlawan² pulak kan? tu lain dh jadinya nnt.. timbul riak pulak

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form