Sabah 2020 : Part 1 - Benchmarking 1

Alamak! Lama sangat entri ni dalam draft. So baru teringat nak post. Backdated sangat dah ni. Ampunnn!!




* * * * *



Awal tahun ni nasib baiklah kami sempat buat kertas kerja untuk benchmarking. Sempatlah kami untuk fly ke Sabah untuk benchmark Politeknik dan Kolej Komuniti di sana. Saya ingat lagi kami fly ke Sabah pada 25 Februari 2020. Memang pilih tarikh tu sebab masa tu dah payday. Biasalah Sabah kan, kena ada ole-ole ikan bilis mata biru untuk dibawak balik ke Bumi Kenyalang. Hehehe.


Masa tu ada 10 orang kami yang join benchmarking ke Kota Kinabalu, Sabah. Masa tu memang dah ada dah kes Covid-19 tapi belum lagi banyak kes. Balik jer dari Sabah, barulah seluruh Malaysia gempar dengan peningkatan kes positif Corona yang dikaitkan dengan jemaah tabligh Masjid Sri Petaling. 


Sesampainya di airport KK kami terus bergerak ke Kolej Komuniti Beaufort, yang memakan masa 3 jam setengah macam tu dari KK.


Sampai je di Beaufort, kami jalan-jalan dulu di pekan Beaufort sebab tuan rumah belum lagi bersedia menerima kedatangan kami. Terawal lah pulak. 


Terima kasih warga Kolej Komuniti Beaufort yang sudi menerima kami dari Bumi Kenyalang ni.


Tentatif kami di sana sampai petang tau. So sempatlah rehat dan solat di surau.

Antara aktiviti kami semasa di KK Beaufort. Belajar ukiran sayur dan buah dari pensyarah Kulinari di sana. Tapi part seni macam ni saya memang surrender. Bukan minat saya kot. Keras jer tangan ni. 

Noob sangat pempuan ni.



Ini baru cerita hari pertamanya. Lepas tu kami bergerak pulak ke KK sebab kami stay di hotel di KK. Sabah memang best. Sekarang risau dengan situasi Covid-19 di sana. Kes positif setiap hari melampau-lampau banyak daripada kes kita masa PKP gelombang pertama dulu. 


Sebelum balik wajib ada group photo.

Aktiviti sebelah malam.. apalagi men-seafood laa.. nyum nyum. Itu jer lah kot ringkasan benchmarking kami day-1. Nanti sambung lagi ya.



Kepada rakan di Sabah sana, stay safe semua tau, duduk rumah jer kalau takde urusan penting di luar. Semoga kes di Sabah ada menunjukkan pengurangan dalam masa terdekat ni.









19 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. time kawen selalu tngk ukiran buah2 tu kan hehe..
    cecantik je kasi kat saya hancur jadinya buah2 tu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. sejenis tgn keras mcm kakmim kot... hehehe

      Delete
  2. suka sabah..tapi kinek tok agik bahaya mun mok ke sinun..sama2 la kita doakan, moga kes covid-19 makin berkurangan kat sinun dan kat malaysia umumnya...ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah.. belalak nak ke sabah.. xpa kita doakan covid tok lenyap lok dr muka bumi... one fine day klak mst akn ke sabah agik

      Delete
  3. time fly ni tak starts lagi pkp kan, sbb time ni dekat china saja yg teruk lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belom pkp lg masa ni hujung feb.. balik kuching pastu sempat lg travelling lg dlm sarawak je sblm diisytihar pkp seluruh malaysia

      Delete
  4. Wah... Seronok kan akalau sesekali dapat out station bertular angin. Tapi tahun 2020 rasanya tahun paling kurabg berout station & berkursus kan..
    Saya juga baru plan nak. Ke Sarawak. Nampaknya berangam sahaja la. Rindu Sarawak. Semoga ada hikmah untuk kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol.. rindu naik flight.. kalau x mst ada je ke kl utk meeting atau kursus.. skrg ni semua online je

      Delete
  5. Ke Beaufort rupanya. Meriah sungguh suasananya.
    Tangan saya pun keras kejung. Lebih rela kupas bawang dari mengukir sayur dan buah...hihihiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. nnt part 3 ke kundasang pulak.. hihi.. samalah kita amie tgn batu kot 😂😂

      Delete
  6. cantiknya ukir2 tu hehe.. nasib sempat sebelum pkp kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... nasib awal² thn tergerak hati trs nk buat benchmark kalo x mmg x sempat nk ke mana

      Delete
  7. Assalamualaikum KakMim. Wah sempat ke Sabah ya tahun ini. Nampaknya tahun ini tiada rezeki untuk ke sana disebabkan pandemik ni. Rindu seafood sabah murah-murah.

    Eza dah done follow blog Kak Min. Salam kenalan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal eza boom boom... kena repeat lg thn dpn ni.. ke pantai timur pulak ke.. hehehe

      Delete
  8. Hahaha! Yum yum tu yg di tunggu2 kan? hehehe

    ReplyDelete
  9. Jauh perjalanan tu. Seronok tu belajar seni ukiran kulinari. Kalau saya, entah apa jadi entah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kalau jadi.. kalau x jadi mmg menyampah rs nk mkn terus ja semua carrot cili tu semua... hahaha

      Delete
  10. bagusla aktiviti ukir buah tu. time tu memang dapat pengalaman berharga apetah lg kalau ni pengalaman pertama. Time tu memang duk intai2 la eh org depan ukir apa, orang belakang ukir apa. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form