Photoshoot Budak 6 Tahun PASTI

Semua sedia maklum tahun 2020 ni banyak event tahunan kita tak dapat diteruskan seperti kebiasaannya. Majlis konvokesyen di IPT pun termasuk sekali. Kalau yang grand macam di universiti awam pun ditunda apatah lagi yang majlis kecik-kecik.


Imran #anakno3 Ibu yang last di alam tadika tahun ni lagilah takde kenangan ihtifal atau majlis penyampaian sijil bersama rakan-rakan di PASTI seluruh Kuching. Nasib baiklah cikgu diorang ada inisiatif bagi sesiapa yang nak buat photoshoot untuk kenangan penutup sesi persekolahan mereka di PASTI. At least ada jugaklah gambar dia, abang dan kakak, semua dengan jubah dan topi segiempat sempena tamat tadika. So minggu lepas Ibu bawak Imran dan Amirul ke sekolah untuk photoshoot. Sekejap je tak sampai pun 30 minit.


Imran dan Amirul.


Imran dan Amirul ni BFF sejak baby. Diorang ni sebenarnya sepupu dan adik-beradik susuan. Dulu Kakmim dan adik Kakmim beza 2 bulan jer bersalin. Kebetulan ye. Berjangkit kata orang. Dan kerja kami pun selalu travelling sana-sini. Sebab tu lah timbulnya adik-beradik susuan ni. Bila Kakmim travelling, Imran akan bf makngahnya dan bila adik Kakmim pulak traveling, Amirul pulak akan bf Iwa nya. So vice-versa gitu, simbiosis. Lagipun diorang berdua ni fully bf jugak. Selesai masalah di situ.



Sekarang tunggu gambar yang dah siap jer dari cikgu. Bergambar famili takde sebab Ayah kerja tapi at least adalah kenangan Ibu dan Imran. 


Mintak tolong cikgu jer ambik gambar dengan backdrop dari official photographer yang diset kat sekolah hari tu.



So tahun depan Imran dah darjah 1 dah dan akan bersekolah di SK biasa je. Rayuan SK (Agama) hari tu takde bunyi so Kakmim anggap tak berjaya. Tapi sama je sekolah. Silibus pun sama. Janji dah pandai membaca bila masuk ke tahun 1. Ye dok?

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kesian juga ank2 tadika thn ni..tkde majlis mcm thn2 sudah kan tp tkpela demi kebaikan semua janji ada gmbr berjubah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? budak tadika 6 thn.. budak tahun 6.. semua x dpt nk farewell dgn kwn2

      Delete
  2. Kedak anak kamek no.2 prasekolah. Next year dah darjah 1. Tedah lok sikda bergambar mini konvo. Nasib bait ada masa prasekolah 5 tahun. Ada juak pakey kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yah... sebaya anak kita duhal.. hrp gambar jak k kenangan sidak

      Delete
  3. Kesian anak-anak sekolah. Yang tahun enam tak dapat buat majlis perpisahan untuk naik ke tingkatan satu. Yang sekolah tadika, terus kenangan mengenal sekolah awal ditinggal begitu saja. Syukurlah ada usaha untuk ambil gambar buat kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah anak kakmim taska dr 2 tahun dan 4 tahun dah masuk tadika.. ada juak kenangan konsert & penyampaian hadiah masa kt taska dulu

      Delete
  4. Ada juga gambar buat kenangan. Takpelah Imran, naik darjah satu nanti usaha dapat naik pentas pulak. Harap masa tu covid dah pulih

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah.. semoga tahun dpn kita dh jumpa vaksin covid ni

      Delete
  5. Tak seronok bila banyak event yang terpaksa dibatalkan. Okay lah ni ada juga kenangan sebelum masuk darjah 1. Macam adik beradik pula berdua ni. Sepupu dan BFF :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form