Online Class Versi Budak PASTI

Simpan sini untuk kenangan.

Ibu WFH sebab budak 2 orang ni jer. Kalau abang dan kakak entahlah cikgu diorang tak pernah pun ada inisiatif nak buat online class. Main bagi jer homework dalam whatsapp group kelas. Tapi berbeza pulak dengan budak PASTI ni. Dari PKP hari tu cikgu diorang memang buat video bagi kat diorang sebelum buat homework. Belum lagi buat video call atau Google Meet untuk check hafazan atau ajar diorang. Salute sangat guru-guru PASTI ni. Video pun mereka buat sendiri, bukan ambik dari Youtube atau video orang lain.

Ini si #anakno4 si Alan. Mulanya nak pakai PC, boleh pakai headphone tapi tak test dulu kan, rupanya muka tak nampak. Ye lah camera kat atas tu, dah lapik dengan bantal pun masih muka tak berapa nak nampak. Nak on laptop dah terlambat pulak dah. Last-last pakai handphone jugak.


1 sesi online class ada 2 orang murid je. Ok lah dapat cikgu fokus sorang-sorang. Tapi macam tak fokus pulak Alan ni. Geram pulak tengok dia. Tangan gentel-gentel earphone lah. Eii... ada-ada jer.


PC dah on tapi tak jadi pakai pc. Semalam cikgunya pakai messenger. First time jugak pakai FB messenger ni. Tapi ok jugak line nya.

Ini pulak si abangnya #anakno3, Imran. Cikgu Imran buat kelas pakai video call jer. Individu so fokus seorang. Topik hari tu belajar baca jam.


Dia tunjukkan homework yang dia dah buat.


Nampak tak muka cikgunya? 


Serius kan Imran? Imran nampak fokus dan dia happy sangat lepas video call dengan cikgunya.


Kenangan masa pandemik ni, mak dengan anak sama jer buat online class. Si kakak #anakno1 lagi tak dedahkan lagi dengan Google Meet. Kalau dah ajar nanti mau selalu berGM dengan kawan-kawan.

 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bagus ada inisiatif daripada guru-guru dalam memastikan anak muridnya tak ketinggalan dalam pelajaran..

    ReplyDelete
  2. diorg struggle betul kan nak belajar, kesian semua kids yg kena focus online ni, bukan senang budak2 nak duduk setempat focus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak 5 thn ni manade fokus pn atie 😅😅 wat geram jek

      Delete
  3. Hai sis..
    Salam kenal..
    Ibu Aqil singgah sebentar..
    Zaman sekarang semuanya online..
    Semoga Allah swt pelihara kita sekeluarga ya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ibu aqil.. salam kenal ☺️ Nnt dtg lg ye

      Delete
  4. struggle budak2 nk focus online ni kan..

    ReplyDelete
  5. Pengalaman baru anak anak kena belajar online. Agak struggle bila kelas online ni. Kena ada internet dan kemudahan yang bagus baru selesa nak belajar. Takpe, janji pembelajaran diteruskan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form