Mael Dalam Kenangan

Disember 2018 - November 2020

Selamat tinggal Mael. Akhirnya kau pergi jua. 

Pernah dilanggar kereta, admitted wad.. umur Mael masih panjang.

Pernah sakit - pun umur masih panjang

Kali ke-2 sakit - Allah lebih sayangkan Mael.

Sedihnya!!! Takde lagi dah makhluk nak ditegur sebelum masuk umah mak. Selalunya kalau balik makan tengah hari umah mak, Mael selalu tidur atau buat-buat tidur kat dalam sangkarnya atau di beranda. Mael!!

Minggu lepas memang perasan Mael takmo makan, tak aktif, lemah je. Badan pun dah agak susut rupanya memang benar Mael sakit!! Mael mati kerana virus Parvo!!

Maafkan kami Mael sebab tak bawak Mael ke klinik. Ingatkan Mael sakit biasa je. 

Terkejut tengok Mael bila adik send gambar Mael pagi tadi. Kurusssss sangat!! Macam bukan Mael. Last tengok Mael hari Rabu minggu lepas takdelah sekurus ni. Mael!! 😭😭


Mak cakap lepas azan Zohor macam tu Mael pergi. Tak sempat kami jumpa Mael. Iman pun tak sempat nak belai-belai Mael buat kali terakhir. Iman je suka manja-manjakan Mael. Sebenarnya kami adik beradik semua takutkan kucing! Harapkan Iman jer yang belai-belai Mael. 

Iman? Kompomlah dia nangis. Nasiblah ada Mika, kucing kat umah kami ni untuk dia belai-belai. Dah lah hujan sekarang. Dia main-main dengan si Mika dan nangis! Mesti teringatkan Mael 😭


10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Faham macam mana rasa kehilangan haiwan yang kita sayang...pernah rasa dan SA pun sangat takut dengan kucing walau ada perasaan syg pada kucing tu...hehehe...sabar ye Kak Mim...SA dah follow blok Kak Mim...

    ReplyDelete
  2. Mael :( sedihnya kak min..hmmmm tiada ganti ni... hope kakmin strong

    ReplyDelete
  3. I feel you... unlce pon sayang kucing!

    ReplyDelete
  4. Sedihnya bila kucing tak ada dah. Pernah merasainya. Sekarang dah boleh terima. Moga ada pengganti Mael nanti.

    ReplyDelete
  5. Sedihnya.. huhuu stay strong ye kakmim.. Dulu pun Cik TK sedih bila kura-kura Cik TK mati..

    ReplyDelete
  6. setiap yang bernyawa pasti akan mati..

    itu pasti.

    yang tak pasti bila, bagaimana, kenapa dan di mana

    sik hal la.

    boleh inang pusak lain gik

    ReplyDelete
  7. Allahu sedihnya.
    Kucing bukan sekadar haiwan tapi adalah ahli keluarga juga.

    ReplyDelete
  8. kalau mana2 yang suka/bela kucing memang terasa bila kucing mata. dah macam ahli keluarga sendiri kan. lebih2 lagi kalau menjaga kat rumah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form