Last week LCK2 ni ditangguhkan sebab kes Aliff Satar positif Covid-19 tu so minggu ni baru ada episod 3. Ingatkan minggu ni dah start the real competition rupanya masih lagi mencari pasangan duet yang serasi gitu.
So lagu-lagu pilihan pasangan pada minggu ni ialah:
1. Sandarkan Pada Kenangan - Zhafri & Lopes (Bercantum)
2. Sampai Ke Hari Tua - Shazwan & Scha (Tak Bercantum)
3. Bunga-Bunga Cinta - Aiman & Nadja (Tak Bercantum)
4. Cinta Luar Biasa - Syahmi & Yazmin (Bercantum)
5. Belaian Jiwa - Indra & Farrah (Bercantum)
6. Kaulah Segalanya - Khareez & Nadeera (Bercantum)
Pada awalnya episod minggu ni tak berapa nak best mungkin sebab masuk je couple ke-2 dah tak best. Suara tak blend langsung so Kakmim pun decide off tv dan bawak #theIMANs masuk tidur. Tapi takpe, Kakmim dah khatam semua persembahan daripada couple minggu ni sejurus sahaja masuk ofis awal pagi tadi. Lepas khatam barulah dapat nak review kat blog kan?
Untuk tetamu jemputan panel cinta minggu ni ialah Ziana Zain & Zara Zya dengan tajuk "Pasangan Ideal". Mereka berdua ni sumpah best. Tak macam Bella Astilah dulu, macam kontrol je. Nampak sangat perbezaan artis zaman dulu dan sekarang. Kalau baca komen netizen di Youtube LCK ni untuk episod 3 ni memang banyak mendapat pujian. Perbincangan dan perkongsian yang sangat matang dan berisi. Hujah-hujah yang keluar dari mulut akak ZZ pun sangat positif dan dapat memberikan motivasi kepada mereka yang pernah gagal dalam pencarian pasangan ideal dalam hidup. Gituuu! So.. see my level, kata AA2020. Ada jugak part AA2020 tak dapat menahan sebak dan menangis bila diminta memberikan komen mengenai sharing akak ZZ. Real ok tak macam dibuat-buat. Kakmim tengok pun tahan sebak jugak depan pc ni.
Ok back to pasangan duet yang serasi minggu ni ada 4 couple yang stage bercantum dan 2 lagi tak bercantum. Oh ya, minggu ni juri tetap Ajai dan Hael Hussaini takde sebab diorang masih kuarantin lagi kan. Pengganti diorang minggu ni ialah Siti Sarah & Hazama. Dan pasangan paling solid bak kata Hazama ialah pasangan yang menyanyikan lagu Kaulah Segalanya, calon juara... katanya. Tapi memang powerlah suara Nadeera tu dan dia memang agak matang dah berbanding penyanyi wanita yang lain.
Tapi... Kakmim suka jugak dengar suara Yazmin, mix Malay-Phillippine. Muka ada ala-ala Franciscca Peter gitu. Suara dia pun sedap. Kelainan untuk minggu ni jugak pasangan yang menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa ni menyanyikan lagu tersebut dengan dwibahahasa yang tak pernah lagi dibuat orang. Nampaklah Syazmi & Yazmin ni ada effort dan buat study untuk perform yang terbaik. Tahniah kepada semua yang mara ke next episod.
Itu sahaja kot review dari seorang marhaen yang buta muzik. Kalau yang tak pernah tengok program realiti ni bolehlah layan di Youtube TV3 Official ye.
saya belum berkesempatan nak tngk lagi program ni..
ReplyDeletex tngk lagi comeback DivaAA hehe..
Boleh tgk kt youtube je siti 😊😊
DeleteJujur cakap, belum tengok lagi LCK ni. Tak tahu lah kenapa tak rasa nak tengok. kalau sekali tengok mungkin akan terjebak juga kot. hehe. Dia jadi popular juga mungkin sebab kemunculan AA tu
ReplyDeleteDulu yg musim 1 tertengok sbb ada hael.. so skrg pun tgk jugak sbb hael jugak.. haha
Delete