Apakah Akaun Keldai?


Webinar Literasi Kewangan - 1 ilmu berkenaan ilmu pengurusan kewangan. Webinar ni baru jer tamat sebentar tadi. Panel-panel sangat best, banyak info baru yang Kakmim dapat hari ni. Antaranya yang paling best ialah mengenai akaun keldai ni. Entah kenapa Kakmim baru tau term ni. Kesian sangat kan?

So habis webinar Kakmim pun google mengenai term akaun keldai ni. Jom.. baca:


Apa itu Akaun Keldai?

Akaun bank yang digunakan oleh orang lain tanpa disedari ataupun secara sukarela oleh pemilik akaun tersebut bagi mendapatkan habuan mahupun dengan cara penipuan untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang.


Kumpulan Sasaran
Sindiket biasanya mendapatkan akaun keldai (juga dikenali sebagai akaun tumpang) ini dengan memperdaya golongan yang memerlukan pendapatan lebihan serta mempunyai tahap celik kewangan yang rendah.

 Antara golongan yang sering menjadi mangsa termasuklah:
1. Suri rumah
2. Penganggur
3. Pelajar
4. Warga emas


Bagaimanakah orang terpedaya?
Mangsa mudah terpedaya dengan tawaran upah lumayan mencecah ribuan ringgit untuk membuka atau menyerahkan akaun bank bagi kegunaan pihak ketiga dan kebanyakannya ditawarkan upah oleh pihak sindiket sehingga melebihi RM1,000 sebulan untuk menggunakan akaun bank mereka.


Terdapat juga modus operandi yang menggunakan tawaran peluang pekerjaan sebagai cara bagi mendapatkan akses kepada akaun bank mangsa. Mangsa dikehendaki menyerahkan butiran akaun bank termasuklah nombor PIN kad ATM sebagai syarat diterima bekerja dengan pihak sindiket akaun keldai.
Malah, terdapat juga syarikat peminjam wang tidak berlesen yang memperdaya peminjam untuk menyerahkan akaun bank mereka sebagai cagaran pinjaman tersebut. Namun pada hakikatnya, pihak sindiket menggunakan akaun bank sebagai akaun keldai.


Tanggungjawab Sebagai Pemegang Akaun Bank
Setiap pemegang akaun bank bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa jua transaksi dan maklumat perbankan peribadi mereka. Pemegang akaun tidak sepatutnya mendedahkan atau berkongsi apa jua maklumat perbankan peribadi dengan orang lain. Juga, pemegang akaun tidak seharusnya memberi maklumat perbankan peribadi mereka sewenang-wenangnya untuk apa-apa tujuan sekalipun, walaupun untuk tujuan permohonan pekerjaan mahupun pinjaman dengan mana-mana pihak. Selidik terlebih dahulu latar belakang dengan siapa kita berinteraksi.


Tips Elak Jadi Mangsa Akaun Keldai:
1. Lindung: Lindungi kad ATM dan maklumat perbankan peribadi anda dengan tidak berkongsi maklumat tersebut dengan mana-mana pihak
2. Lapor: Laporkan kepada pihak bank atau polis sekiranya mendapati kehilangan kad ATM atau penyalahgunaan akaun bank anda
3. Lepas: Lepaskan diri anda dari bersekongkol dengan pihak yang mengkehendaki anda melakukan aktiviti yang mencurigakan seperti membuat pindahan wang kepada orang yang tidak dikenali


Implikasi terhadap pemegang Akaun Keldai
Sekiranya seseorang terjebak menjadi pemegang akaun keldai, individu tersebut boleh disekat daripada menggunakan akaun bank tersebut dan akaun berkenaan boleh ditutup oleh pihak bank. Individu tersebut akan mengalamai kesukaran berurusan dengan bank di masa hadapan. Malah, pemegang akaun keldai boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah sekira terbukti dengan sengaja menjadikan diri alat untuk melakukan transaksi menyokong aktiviti yang menyalahi undang-undang.


Antara implikasi lain termasuklah
- Kesukaran untuk menerima pendapatan seperti gaji bulanan melalui akaun bank
- Kemungkinan kehilangan perkerjaan yang sedia ada atau sukar mendapat peluang pekerjaan lain
- Kesukaran untuk menjalankan perniagaan memandangkan reputasi telah tercemar


Justeru itu, amatlah penting untuk orang ramai mengelakkan diri daripada membiarkan pihak sindiket menggunakan akaun bank mereka sebagai akaun keldai. Pesanlah kepada rakan taulan dan sanak saudara supaya kita tidak terjebak dengan akaun keldai ini sama sekali.


Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Bank Negara Malaysia melalui:
- Telefon: 1-300-88-5465 (BNMTELELINK)
- Webform: https://telelink.bnm.gov.my/

Sumber: www.bnm.gov.my

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. ni festime saya tahu tentang istilah Akaun Keldai..
    nice sharing..

    ReplyDelete
  2. Oh, baru faham apa yang dimaksudkan dengan akaun keldai.
    Terima kasih utk info ini :)

    ReplyDelete
  3. first time tau sal akaun ni, thank you sharing

    ReplyDelete
  4. Baru tahu istilah akaun keldai ni. Terima kasih untuk perkongsian ni kak. Bahaya betul kan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form