Ujian Kemasukan ke Tahun 1

Hari ni #anakno3 ada ujian kemasukan ke tahun 1 ke SK (A) di Kuching nih. Ni kali ke-3 bawak anak untuk ambik ujian ni.

Tahun ke-1 - 2015 - #anakno1

Tahun ke-2 - 2018 - #anakno2

Tahun ke-3 - 2020 - #anakno3

Tahun ni kita mencuba nasib lagi. Insya Allah kalau berjaya, senang jer perjalanan pagi hari nanti sebab semuanya 1 sekolah, sekali hantar jer. Tapi, kalau tak berjaya, takpelah jugak, terpaksa bersedia mental untuk ke 2 buah sekolah yang berlainan pada pagi hari. Tapi si Ayahnya la. Ibu masih lagi kena hantar sorang lagi budak tadika 6 tahun pada tahun depan. 

Perasaan? Mungkin sebab ada pengalaman sebelum ni so si ibu takdelah neves sangat. Kalau ada rezeki, ada lah. Taknaklah mengharap sangat. Cuma si anak ni lah dah semangat nak satu sekolah dengan si abang. Tapi dah explain jugak lah dengan dia, ujian dulu tapi tak semestinya dapat ke sekolah abang dan kakak. Macam dia faham jer. 

Persiapan dan persediaan untuk ujian ala kadar je. Janji si anak dah boleh membaca sebelum ke tahun 1 pun dah syukur. Tapi nampak jugaklah dia ada usaha sendiri. Ibu tak paksa sangat pun just bagi trial paper then dia buat sendiri. Tak faham dia tanya. Pastu Ibu mintak tolong si kakak ajar part Bahasa Arab, tu jer.

#anakno3 (kanan) bersama cousinnya

Si Ibu (Kakmim) dan adik

Sebenarnya saya dan adik ke-2 ada 2 orang anak yang sebaya. Tahun 2012, saya dapat anak ke-2 adik pulak baru dapat anak sulung. Kemudian tahun 2014 kami mengandung bersama lagi, pun sama beza 2 bulan jer. Hihihi. Kebetulan kan 'berjangkit' mengandung. Hihihi. Selalu kan macam ni. Nasib baik adik mengandung anak ke-3 tidak terjangkit kepada kakaknya jugak. Kah kah.

Untuk kenangan tahun 2020. Pergi ujian dengan norma baharu.









12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Moga si adik dapat keputusan yang baik dan dapat satu sekolah dengan si abang :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih shima.. semoga ada rezekinya... aameenn...

    ReplyDelete
  3. Aunty doakan semoga berjaya dunia akhirat ya. InsyaAllah semoga adik lulus ujian dan ada rezeki satu sekolah dengan abang.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih auntie Eina.. jawab bg pihak anak.. hehehe

    ReplyDelete
  5. alo comel dah boleh sekolah dah . hi im new follower #269 :)

    ReplyDelete
  6. Hi Sophea.. salam kenal.. thanks sbb follow kakmim...

    Thanks tau semua doakan kejayaan Imran

    ReplyDelete
  7. Semoga lulus ujian tu dan dapat sekali satu sekolah. Aaminn

    ReplyDelete
  8. Aameen.. insyallah kalau ada rezeki.. tq tau fieza

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah semoga ada rezeki si comel ini bersekolah sama dengan abangnya.. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. ujian untuk embiak just for fun jak..

    sibok bingung ilak.

    yang penting sidak happy dan enjoy belajar

    ReplyDelete
  11. Anak sulung nak masuk sekolah darjah 1. Sebetulnya saya apa pun tak prepare. Cuma dah tahu sekolah mana dia akan masuk.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form