Tips Menulis

Lepas ni nak update topik XYZ ni lah kat blog. Semangat!

Tapi bila dah on pc, on laptop, tetiba kaku pulak jari nak menaip. Macam takde idea pulak apa nak ditaip! 

Pernah tak ada deja-vu macam ni? 

Saya pernah tak jenguk blog berbulan-bulan lamanya, sampai ada 1 tahap tu terlupa yang saya ada blog. Nak kata busy sangat, itu bukan alasan sebenarnya. Menyesalnya tak fokus dulu-dulu. Nasib baiklah saya tak pernah ambik keputusan untuk delete blog ni.

Kalau pernah dapat sindrom macam kat atas tu, cuba baca tips dari Khairul Hakimin Muhammad kat bawah ni. Insya Allah, semoga membantu.

Kalau rasa sangkut, tak tahu nak tulis macam mana walau kita tahu cerita, tahu kisah, tahu benda itu. Namun bila nak tulis jadi blank, kalian kena:


1. Pergi ambil buku, baca sekurang-kurangnya 5 helai = 10 muka.


Itu kalian dah dapat lebih 500 patah perkataan yang kalian baca.


2. Pilih buku yang ada emosi, biasanya adalah novel.


3. Main media sosial, kalau sentiasa membaca buku tiada emosi seperti buku motivasi, buku DIY, buku resipi dan sebagainya, boleh jadi penulisan kita akan mendatar. 


Kena baca benda yang berbagai. 


Membaca akan menambah perkataan dalam kepala. BLANK, BLUR, SANGKUT tak boleh nak tulis tandanya kalian tidak ada perkataan dalam kepala. 


Begitulah!


Kredit to : Khairul Hakimin Muhammad,

Kalau nak share, kreditkan ke sini okeh: https://t.me/ContentKHM


#notakakmim: Nampaknya saya kena rajinkan diri baca novel balik, patutlah tulisan mendatar sebab baca penulisan fakta je.

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. seuju tang tulisan mendatar sebab banyak baca fakta hehe.. saya pun camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi rajin jugak buat cerpen.. ok la tu 👍🏻👍🏻👍🏻

      Delete
  2. tak dinafikan dgn membaca, ia menyumbang kpd idea utk menulis. lain org lain caranya. ada yg dlm keadaan tertekan mampu menulis dgn baik. contoh mcm jawab soalan exam karangan hehehe... ada yg hanya boleh menulis dlm keadaan senyap sbb dia nak fokus. bla bising sket trs berterabur ideanya... ada yg menunggu mood betul2 turn on. barulah boleh pegang pen atau ketuk keyboard. kalau tak ada mood, mmg langsung takkan pandang sikit pun. kalau sy pulak? sy yg mcm bdk jwb exam tu laa... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Mmg x rugi org suka membaca ni.. sy pulak menulis ikut mood.. kalo mood dh sampai tu buk je idea nk tulis.. kt medsos pn sama 😂😂

      Delete
  3. kena rajin membaca is the key. tapi tu la, sejak2 umur matang ni, baca 2 3 muka surat dah lena..hihi

    ReplyDelete
  4. kakMim suka membaca blog kita tak? haha tetiber...
    kadang cerita banyak, tapiii ku terus di bawa ke konsert kpop! hampeh laaa...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form