Cabaran terbesar kami ialah tayar kereta Hankook tu belum banyak ada kedai yang supply dan juga saiz tayar 15 tu juga menyebabkan tayar tersebut agak rare. Bak kata tauke yang kami riki, belum banyak kereta yang pakai saiz tu. Bezza dan Myvi baru jer pakai saiz tu. Baiklah..
Cabaran lain pulak ialah memang susah nak beli 1 rim sahaja. So kena jugak tukar 1 set rim. Kalau nak beli set original untuk Bezza di pusat servis Perodua, harga 1 rim sahaja dah rm560 okay. Tayar pulak 200 lebih. Kalau total dah boleh dapat 1 set rim yang baru di kedai biasa.
So kami decide macam tu lah. Muktamad. Tukar 1 set rim dan beli 1 tayar Hankook yang baru. Rim original Bezza tu pulak tolak je kat kedai. Nak jual sendiri pun susah kot nak jual 3 rim je. Yang penting tak tengok dah rim ori tu. Sedih la wey! Kenangan pahit gitu.
Kita abadikan kenangan rim Bezza yang ori tu di sini. Untuk tatapan dan kenangan nanti-nanti.
Ini set rim yang ori. Not bad kan? Kalau boleh memang takmo tukar. Memandangkan nasib yang tak menyebelahi dan sebijik tayar sekali dengan rim pun dah dikebas, akhirnya Puan Isteri dengan kuasa muktamadnya telah memilih set rim yang ini:
Aduh sampai hati dorang curi barang orang
ReplyDeleteMoga Allah lindungi kak mim sekeluarga
alahaii..ada juga yang macam ni. moga kakmim tabah menghadapi ujian ni.
ReplyDeleteTq Atul :)
ReplyDeleteInsya Allah sis Yatt... dah boleh move on dah.. hehe.. dh bukan rezeki nk buat camne kan?
ReplyDeleteAdoi.. memang bukan rezeki namanya tu..
ReplyDeleteTapi.. Tapi.. Cantik pula rim baru tu.. memang matching habis..
Takde kerja betul yg mencuri tu.. Tp mmg Hansen lah yg baru ni...matching2 dengan body
ReplyDeleteteringin nak tukar rim kereta tapi nanti lahhh...tunggu ada rezeki lebih dan tunggu beli kereta baru dulu..alang2..ahaha
ReplyDeleteHensem betul rim baru. Memang kena dengan body merah tu.
ReplyDeleteIf banyak kes curi dan berterusan, harap² ada pihak bertanggungjawab memantau kat situ supaya tak ada kes kecurian berlaku lagi.