Lama dah tak bersosial dengan warga blogger seantero alam. Hari ni macam ada mood jer nak join segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain. Actually blog Misya ni Kakmim pun baru jumpa sekejap tadi selepas blogreading di blog Dunia Sebenar Syida. Memang sesuai sangatlah nak join kan sebab baru jer jadi follower dia yang ke-2269. So mari kita teruskan.
1. Wajib follow my blog www.aimisyahirah.com - Done! Kakmim follower ke-2269. Hihihi.
2. Wajib follow my instagram @marvelousmisya dan @ftimber_putrajaya - Done! Kakmim dah follow tau, nak follow balik, silakan search @mfaizura
3. Copy dan paste banner di atas dalam entry anda bertajuk
"Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya". - Ini pun done!!
4. Extra syarat dari Misya - berkaitan no 10.
Baiklah, 10 ye. Ada apa dengan 10 bagi Kakmim.
Kenapa no 10 special buat Kakmim? Bulan 10 ni lah Kakmim dengan rasminya telah mendapat gelaran keramat seorang IBU. Yes, anak sulung Kakmim telah dilahirkan secara ceaserean pada 30 Oktober 2009, iaitu 11 tahun yang lalu. Minggu depan genaplah 11 tahun perut Kakmim telah dibelah 7 lapisan. Ouch, ngilu pulak rasanya.
Dan kerana anak sulung inilah Kakmim mencurah semua rasa di sini. Sepatutnya EDD Kakmim ialah pada bulan 11 tapi oleh kerana si kakak ni dulu breech, maka Kakmim terpaksa dijadualkan bersalin awal secara ceaserean. Sepanjang tempoh nak 'dibelah' perut semuanya Kakmim dah coretkan di SINI.
Dan kerana anak sulung yang dilahirkan pada bulan 10 inilah muncul akronim IMAN bagi keempat-empat anak Kakmim. Semuanya tak dirancang tapi memandangkan yang sulungnya IMAN (Iman Madihah Abdul Nizam) maka yang lain pun terIMAN jugak. Sebab tu suka guna hashtag #theIMANs
Kenapa 10 ni special? Kerana bulan 10 juga bulan kelahiran Encik Suami, which is birthdaynya ialah esok, 22 Oktober. Masa tahun 2009 dulu, seminggu selepas birthday Encik Suami barulah 'special gift' dia keluar. Syukur sangat.
Pendek kata, bulan 10 ni memang banyak throw back lah. Suka cerita dengan #theIMANs kisah-kisah semasa mengandungkan mereka dan cerita di sebalik kelahiran mereka. Benarlah setiap anak punya 1001 cerita, 1001 pengalaman.
Harap-harap sharing mengenai no 10 ni menepati syarat dari blogger Misya ye. Salam kenal ya, Misya. Bagi yang baru pertama kali membaca blog Kakmim ni juga salam kenal dari Kakmim di Bumi Kenyalang. Jenguk-jenguklah selalu Kakmim di sini. Walaupun Sarawak jauh di seberang Laut Cina Selatan tapi di alam blog kita bertemu jua.
So kengkawan yang lain yang nak join segmen by Misya ni bolehlah join di http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html ye.
selamat bersegmen ya ;-)
ReplyDeleteSelamat bersegmen. Banyak kisah bulan 10 kitak. Paduhal... Ya semua nama start iman.
ReplyDeleteAnies dh join ke? Hehe
ReplyDeleteFiza: Aok.. mcm ya la tek kisahnya.. hehe
ReplyDeleteSelamat bersegmen Kak Mim :)
ReplyDeleteSelamat bersegmen kakmim!
ReplyDeleteAll the best ya :)
Baru singgah baca coretan Kak Mim ni. Hai geng Sarawak juak. ^^
ReplyDeleteTahniah Kak mim jadi 10 terpantas yang join segmen saya. Dan special for you, kak mim terpilih memenangi hadiah special dari saya. http://www.aimisyahirah.com/2020/11/senarai-peserta-pemenang-segmen-10.html Nanti bagi details segera ya untuk penghantaran hadiah. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih Misya.. x mengharap pun dapat hadiah bagai cuma nak tambah kenalan di kalangan blogger jer.. Anyway thanks tau Misya :)
ReplyDeletejalan-jalan dari segmen yang sama (^_^)
ReplyDeletehttps://www.mialiana.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html
Assalam kak mim...jalan2 dan follow kak mim
ReplyDeletesinggah BW sini dari segmen yg sama..
ReplyDeleteDah review.. :) http://www.aimisyahirah.com/2020/11/review-blog-monolog-kak-mim.html
ReplyDeleteJemput join my latest GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html hari ni last submit penyertaan! huhu..