QR code & anak 5 tahun

Hai.. hai... good morning!! Terawal sikit hari ni sebab semangat bangun awal. 😁 so sampai opis awal bolehlah update sekejap.

Setiap pagi sis memang ada topik pagi bersama si #anakno3 dan #anakno4. Setiap pagi sis yang hantar diorang pi sekolah so masa memang lebih dengan diorang berdua ni pagi-pagi. Kakak dan abang ayah yang hantarkan, awal pagi lagi dah gerak dari umah walaupun umah dengan sekolah takdelah jauh mana pun.

So.. topik pagi ni bersama si bongsu tu, QR CODE.

Anak-anak zaman IR4.0 ni baru 5 tahun pun dah tau QR code. Ceritanya dia tengok pada packaging kotak Koko Krunch tu je. Ada QR code, so terus dia bukak cerita QR code. Sis pun buat-buat tak tau lah untuk apa QR code tu.

Ibu: Untuk apa QR code tu?

Alan: Untuk scan lah. Macam kat beg sekolah Alan, kan ada QR code jugak.

Ibu: Tapi untuk apa kita scan?

Alan: Kalau dah scan baru boleh masuk kelas. Macam kat shopping mall jugak lah, kita kena scan QR code dulu baru boleh masuk kedai.

Ibu: Oh, macam gitu eh.

Pastu sis pun terus ke dapur untuk basuh pinggan. Tetiba dia datang bawak beg sekolah

Alan: Macam ni lah Ibu, QR code kat beg Alan ni.

Ibu: Baiklah.. baiklah.

Macam tu lah anak-anak zaman sekarang. Budak zaman QR code agaknya kot. Lagilah sekarang ni ke mana-mana kita pegi kena scan MySejahtera so itulah pemahaman diorang, dah scan baru boleh proceed ke mana-mana.

Encik Suami cakap muka kami memang kopipes. Perangai pun sama. Sama ke ek? 😄



2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Aok... Sepesen jak muka ktk 2. Yalah anak kmk pun gia. Even di Betong pun ada juak makey app Mysejahtera ya. Nembiak kinek tuk nang canggih. Kadang² kita kalah oleh dak nya.

    ReplyDelete
  2. Birthday mek 2 pun sama... hehehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form