Pencopet

Pagi ni masa punch card dikejutkan dengan berita rumah sewa student kena masuk pencuri. Handphone yang tengah dicharge si pencuri tu ambik. Nasib baiklah laptop masih ada dalam beg, dia tak ambik. Mungkin si pencopet tu memang aim handphone jer kot sebab senang nak jual. Hmm..

Bila dengar cerita tak best macam ni sedih pulak. Ye lah dah nama student yang jauh dari keluarga ni, kesian la. Wallet diorang selamat pulak mungkin tau duit tak banyak kot. Ei, geram betol dengan manusia pemalas macam ni.

Kakmim dulu pernah jugak kena masa study dulu. Time remaja tu memang suka lah bawak beg sandang kat belakang. Bila dah bersesak-sesak tu memang senang jer lah pencopet nak ambik purse yang letak di belakang. Memang mistake sendiri jugaklah sebab cuai. Yang ko letak purse di belakang apakehal. Tapi biasalah zaman student duit memang tak banyak, cuma perlu buat report sebab ic tu jer lah hilang.

Masa tu mak datang KL, so bila mak datang KL wajib lah Kakmim di Serdang turun ke KL dan teman mak shopping di Jalan TAR (tempat favourite orang Serawak) 😆😆. Haa.. time bersesak-sesak nak masuk Kamdar kot, time tu lah kejadian tak best tu berlaku. Lepas tu sampai sekarang tobat dah tak letak purse kat beg belakang. Kalau bawak jugak beg sandang kena ada sling bag jugak untuk letak purse.

Bila dah semakin senior ni, memang tak main lagi dah beg sandang. Kalau ada pun anak-anak yang bawakkan. Sekarang lebih prefer sling bag, senang jer lagipun selamat jugak sebab melekat jer kat badan.

Berbalik ke kisah student tadi, walaupun henfon dah hilang tetap jugak diorang semangat datang awal ke Kolej. Semoga dipermudahkan urusan mereka lepas ni. Report polis pun takkan dapat punya henfon tu balik. Hish, geram betol lah dengan pencopet ni.



6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. innalillah wa innalillahirajiun.,
    mugo dipermudahkan urusan student ituu., skrg bukan dh tutup ke ipta sbb cmco? kalo kat klang valley laa ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sarawak x pkpb.. masih keja cm biasa ni wak

      Delete
  2. alaaa kesian nya... hrp2 si pencuri tu dpt diberkas secpt mungkin...

    ReplyDelete
  3. Allah..ujian utk dorg..huuuhu..moga dorg tabah..hp tu keperluan utk student..

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannya student tu..semoga pencopet tu dapat balasan setimpal..iena pun pernah kene copet masa shopping..dia ambil handphone and dompet..tangkas betul dia buat kerja..tak sedar dia lalu sebelah kita ambik handphone and dompet..lepastu CCTV kedai tu pulak rosak...sedih betull..kes tutup macam tu je

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form