Semalam semasa dalam perjalanan ke opis, kool.fm mainkan lagu dari Flybaits ni, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta. Terus teringat video karaoke farewell Encik Suami dan housemate dia masa di Putrajaya dulu.
Masa tu Encik Suami karaoke lagu ni. Sedih wei. Masa tu ada 2 orang housemate yang dapat transfer. Tengok video yang diupload housemate dia kat FB time tu macam semua kena nyanyi. Lagu udah ler sedih, feeling lagi nak pindah tu. Dah takde geng lepak, geng makan. Diorang kat umah tu dah macam adik-beradik pulak bondingnya. Abang longnya for sure lah Encik Suami, sebab dia yang paling senior. Yang lain tu muda lagi, ada yang bujang lagi, ada yang baru kawen. Semua respect kat Encik Suami, apa-apa nak buat semua kena refer Abe dulu. Bagus budak-budak tu.
bersyukur je suami dpt balik kampong kuching kann., ;p
ReplyDeleteSyukur sangat.. semuanya dh kembali normal
Delete