Rindu Nak Jalan-Jalan


Bak kata pepatah dulu-dulu, jauh berjalan luas pengalaman 😊 bijak kan orang tua dulu²? Buat pepatah pun dah sama standard dengan pakar psikologi.

Sejak pandemik Covid-19 ni pergerakan kita agak terbatas, nak bawak anak² jalan² pun susah. Nak naik flight apatah lagi, memang takkkklah untuk tahun ni.

Si #anakno3 dan #anakno4 pun selalu bagi hint, rindu naik belon lah, rindu rumah pangsapurilah 🤣 rumah pangsapuri tu apartment kat Putrajaya. Macam²lah diorang ni.

Sekarang ni nak ke shopping mall pun masih takut² 🙊 bawak memang bawak tapi takdelah selalu. Walaupun dah takde kes, tapi masih kena #kitajagakita 😍

Korang ada plan nak bercuti ke mana-mana ke tu? 🙊 antara yang selalu #theIMANs ulang² cerita sesama diorang, pegi kat sini laa 😅

Time main kat Times Square ni la paling berbaloi rasanya.. Dari pagi sampai ke malam di situ jer. Setiap game repeat 2x punyalah diorang takmo balik 🤣🤣 rindu nak jalan² cuti Malaysia lagi.

Pergi Kidzania juga antara pengalaman yang tak dapat dilupakan bagi #theIMANs 😍

Mandi-manda di PD dan bagi makan penyu 😊 best jugak 😅

Aquaria pun 2x jugak lalu terowong ikan tu 🤣🤣🤣

Siapa cakap Malaysia tak best? Banyak jer tempat² menarik nak bawak anak² jalan² even kat Sarawak ni pun tak abis jalan lagi 😅😅

Lama dah tak jalan² Jambatan Darul Hana tengok musical fountain menghadap bangunan DUN Sarawak

Hmm... Rindunya nak jalan² #familybonding bersama #theIMANs ni 😅














Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form