Playing Tourist Di Hometown Sendiri

Sabtu lepas sehari suntuk tak duduk rumah. Itulah selalunya kalau tak plan memang menjadi. Plan hari tu nak makan sea food jer sebelah petang dengan mak, bapak dan adik² semua. Sekali bangun pagi Encik Suami ajak bekfes kat luar. Okay ajeng, on! Sebab baju² memang dah basuh & sidai siap² sebelah malam nya so takde lah risau sangat 😁😁 rumah? Takpe, hari Ahad masih ada untuk berjuang 😂

Paginya lepas bekfes kitorang jalan² di mall yang dulunya hot sekarang dah hidup segan mti tak mahu di bandaraya Kuching ni. Sebelum tu dah bekfes di Teh Tarik Cafeteria. Kalau orang yang dok di Petra Jaya, Kuching tak tau Teh Tarik memang bukan orang PJ lah kot 🤣🤣 saya memang tak prefer sangatlah tempat ni tapi En Suami nak ke situ. Honestly pilihan memang banyak sebab ada banyak stall tapi sorry not my taste la 😂 so takde gambar 😏 menu biasa jer kitorang order, saya Laksa Sarawak, anak² Mee Kolok, si ayah nasi dagang. Kalau saya tak habis makan tu memang potong selera betollah. Saya ni jarang tak habiskan makanan, sayang rezeki.

Sebelah petangnya kami ke Beach Seafood di Buntal, dah on the way nak ke Santubong. Gambar makanan takde pulak ambik sebab semua dah lapar 😂 awal pulak ye lapar.. Haha!  

Lauk pilihan kami ialah siakap sweet & sour, sotong goreng tepung, ambal masak kari, sweet corn soup, butter prawn, midin belacan, cangkuk manis tumis telor & oyster omelette. Gambar memang takde. Tapi gambar view ada 😅

Belakang tu laut. Tenang jer pemandangan. Sebab tu lah saya geram nak bawak famili makan kat sini, boleh tengok sunset selepas selesai makan.

Bersama si bongsu kami si #anakno4 😍💖 dia cakap kalau bergambar dia tak boleh senyum nampak gigi sebab gigi dia putus tapi putus sikit jer 🤣🤣 baiklah nak, whatever 😂😂😂

Malamnya pulak sambung jadi tourist jalan² di Waterfront pulak. Hehehehe..


Saya belanja gambar je lah yek.. Takde idea pulak dah ni 😅😅😅

1, 2, 3 dan 4 💖

Di belakang sana, seberang sungai tu bangunan DUN Sarawak.

Belakang sana Jambatan Darul Hana.. Time ni tengah lepak tunggu Ayah beli aiskrim gulapong viral 😂😂😂

Ehem.. Tu dia.. Milk Tea Boba Ice Cream Gulapong.. Hambek kau panjang nau namanya 😂😂
Next??? Rasa nak jenjalan lagi laaa 🙊🙊🙊







Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form