Selamat Hari Merdeka, Malaysia!


31 Ogos 2020, malam sebelum tu lagi dah mereka adik beradik diskus nak buat fun walk keliling taman. Ibu dengarrrr je apa yang diorang bincang..

Pagi tadi awal tau diorang bangun, macam nak pegi sekolah, kol 5 sebelum subuh lagi dah bangun. Layankan jer sebab Ibu pun bangun awal jugak sebab nak study.. Chewahhh

Sebelum fun walk tu rupanya ada agenda lain, deco gate umah dulu 😂😂 minggu lepas dah si kakak mintak belikan bendera. Ibu dan Ayah takde masa pulak nak gantung, bagus diorang ni ada usaha sendiri 👍


Tengok... Siap bawak beg lagi. Ditanya kenapa bawak beg? Rupanya ada air dan bekal. Entah apa yang diorang bekal.


Tetiba petang masa tengah sibuk nak exam sibuk jugak Ayah compilekan gambar diorang jadi video. Untuk tatapan mereka bila dah besar nanti 😊

Oops.. Ada sorang budak kena tinggal. Nasib baik tak banyak songeh, upah mee sedap jer terus okay, tinggal kat umah pun redha sebab boleh makan mee sedap 😂😂😂


Macam tu lah alkisahnya aktiviti kami di hari merdeka versi pandemik 😁😁😁




1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Selamat hari merdeka. Lamak sik singgah citok.

    Suka nembiak makan mee sedap eh. Anak kamek kadang² pandey mintak mun dah lamak x makan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form