Mesti pelik kenapa ada premium pulak kan? Kalau premium ni bahan-bahan pun premium jugak, guna butter mahal. Kalau yang rm10 tu guna marjerin je. Sebab tu orang Semenanjung pelik kenapa ada kek lapis yang sampai beratus-ratus harganya, sebab bahan-bahan ni lah. Kalau premium memang lah lagi sedap setanding dengan harganya. Hanya orang Sarawak jer tau menghargai kek lapis premium, kot. Rasanya memang tak sama dengan yang rm10 tu. Hehehe.
Oklah... short cut story ini resepinya ye:
KEK LAPIS MASAM MANIS
Tempoh penyediaan : 45 minit
Tempoh memasak : 4 jam
Size loyang: 8x8
.
Bahan-bahannya:
1 tin mentega
300 gm gula kastor
300 gm tepung biskut marie
10 biji telur Gred A (asingkan putih dan kuning)
1/2 tin susu pekat
Manisa Hawsflakes secukupnya
Esen vanila
Pewarna hijau
Pewarna kuning
Cara-caranya:
🌸Bahan A
Pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Betul² kembang tau.... Mcm bertanduk gituu... (tips penting, bekas mesti betul² kering, dan jangan ada kuning telur langsung)
🌸Bahan B
Pukul mentega dengan kuning telur hingga sebati,
Masukkan esen vanila dan susu pekat.
🌸Satukan Bahan A dan Bahan B sampai sebati kemudian masukkan tepung biskut marie sikit demi sikit.
*Timbang adunan dan bahagi dua*
🌸Asingkan dua bekas sama banyak. Satu pewarna kuning dan satu pewarna hijau.
🌸Sapukan sedikit mentega pada loyang (bahagian bawah sahaja) kemudian masukkan adunan hijau... Kukus/bakar lebih kurang 15 minit. Kalau bakar, guna oven api atas sahaja.
🌸Masukkan adunan kuning. Kemudian kukus lagi 15 minit. Kalau bakar, sehingga lapisan kek tu kuning keemasan.
🌸Atas lapisan kuning, susun Hawsflakes kemudian baru lapisan adunan hijau.
🌸Ulang sampai adunan habis 😉
- Untuk setiap adunan, saya tetapkan 6 lapisan sahaja. So total adalah 12 lapisan
- Letak hawsflakes selepas pada 1 lapisan saja (dah pernah cuba letak setiap layer, manissss sangat² keknya, so selang seli ye)
- Setiap layer dikukus lebih kurang 15 min dan ditutup dengan aluminium foil. Lepas kukus, tekan² kan sikit.
- Kalau bakar pun sama, kena tekan dulu selepas layer tu masak supaya layer tu tak tertanggal semasa memotongnya nanti. Tapi kalau bakar dengan oven, tak payah tutup guna aluminium foil ye dan pastikan guna api atas sahaja.
nak tanya tin mentega ni yg berapa gm
ReplyDeleteGolden churn butter 454 gram kak
DeleteSenang nak buat cuma first trial Tu kek bahagian tengah macam tak masak sikit Tu Yang nak try buat lagi kukus Pula TQ min share resepi🥰🥰🥰
ReplyDeletewah tahniah!! practise makes perfect
Deletesaya suka keklapis masam manis ni, penah beli dgn member 1 loyang segiempat size agak besar juga la, rm90 dgn postage. mmg sedap betol.
ReplyDeleteKek ni selalunya mmg jd fav org semenanjung.. dtg sini mst carik kek masam manis ni
Delete