Hari Selasa yang lepas, 28 Julai 2020..
Situasi: Balik kerja, Encik Suami baru sampai rumah
Encik Suami: Nak surprise ke tak? Jawab Yes or No je
Kakmim: No. Malas la nak surprise². Cepat bagitau apa dia.
Encik Suami: Betul taknak surprise?
Kakmim: Ala... bagitau jer la sekarang
Encik Suami: Okay, nah kunci kereta.. bukak bonet belakang
Kakmim: Malas la.
Encik Suami: Ala... pegi jer la..
Terpaksa jugak la keluar umah, bukak bonet kereta belakang. Kosong je. Tapi... eh macam ada sesuatu jer yang familiar di bahagian dalam sana. Paper bag Ice Watch!!! Apa ni? Apa ni? 😆 Dia buat surprise la pulak. Terus masuk dalam, tak sabar nak tengok Ice Watch collection mana yang pulak dia beli. Memang dalam minggu sebelum tu meroyan nak beli collection green theme tapi memandangkan kes Covid-19 yang tiba-tiba mencanak naik tak berani pulak nak ke sana ke si mari.
Tadaaaa!! Tetiba da paper bag pulak, 2x beli sebelum ni takde pulak, yang 1st dulu jer dapat paper bag hitam ni tu pun masa Encik Suami beli di KL sana.
Inilah dia Ice Forever 💖 tanda cinta sejati beliau lah kot.. hahaha. Walaupun Kakmim dah ada koleksi Ice Watch yang warna hitam tapi dah Encik Suami belikan, kita terima dengan hati yang terbuka je la 😄
Macam pernah saja ku lihat ya, rupanya sama dengan Ice Watch beliau, cuma yang collection ni ada tarikh. Encik Suami punya takde tarikh dan tali pun tak sama.
Ehem.. macho tak? 😂😂😂
Dulu masa 1st birthday masa kapel dulu, Encik Suami pun hadiahkan jam jugak. Masa tu jam tangan Elle. Hehehe. Jam tu ada lagi kat rumah sekarang. Tapi dah takde bateri. Hehehehe.