Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan

Sebuah book teaser 😊

Sebelum ni asyik menulis kat blog jer kan? Hari tu kawan kat opis ajak join 1 projek menulis ni. Masa PKP hari tu pun dah join bengkel penulisan jugak. So why not la kan? Mencuba sesuatu yang baru. Walaupun bukan 1 buku tapi at least untuk permulaan boleh la, saya cuba k.

Tajuknya "Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan - Edisi Khas PKP & Covid-19". Nampak macam senang jer kan tajuknya tapi bila dah start menulis serius tak tau nak mula dari mana. Dah la limited patah perkataan. Ye lah kita tumpang orang kenalah ikut syarat yang orang dah bagi.

Masa hantar hari tu tawakal jer lah, kalau diterima alhamdulillah. So submit je, masa last day pulak tu. Punyalah awal dah kawan dah bagi iklan pasal ni tapi last minit jugak menjadinya. Tu pun kena buang² jugak sebab terbiasa menaip sesukati hati kupun macam di blog. Laras bahasa untuk buku ni agak sukar sikit sebab masih tak biasa kan? Mesti segan bila baca balik nanti. 😂😂😂

Pagi Ahad hari tu, bangun pagi check Whatsapp tetiba nampak grup ni. Alhamdulillah, diterima jugak rupanya penulisan Kakmim yang biasher-biasher itu. Hehehe. Tak taulah ada pembetulan ataupun tak. Lepas ni tunggu jer lah admin update di grup.

Perancangannya September nanti akan publish. Semoga dipermudahkan semua urusan-urusan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini nanti.

Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form