2 Ogos 2020 & Aqiqah Online

2 Ogos 2020

Tahun ke-5 berkongsi birthday dengan si bongsu, Idlan Muhaimin. Alhamdulillah... masih lagi dapat menyedut oksigen dan menghembus karbon dioksida walaupun tahun 2020 ni ialah tahun pandemik. Terima kasih Allah kerana masih memelihara keluarga besar kami.

Kebetulan tahun 2020 ni 2 Ogos jatuh pada hari Ahad, maka kami celebrate di rumah saja. Kebetulan jugak tahun ni baru nak buat aqiqah si bongsu masa hari raya haji hari tu tapi buat online jer di aqiqahcentre.com. Sebelum ni tak terdetik hati nak buat aqiqah secara online, nak tunggu nak buat majlis atau nak tumpang majlis adik kawen macam lama jer lagi. Hari tu iklan aqiqah online ni asik lalu-lalang jer di timeline FB dan IG last² pm jugak tanya prosedur dan harga, dan alhamdulillah telah dipermudahkan.

Tak lama selepas buat pendaftaran, terus admin aqiqahcentre.com pm video qurban Idlan Muhaimin di Mekah. Memang slang Pak Arab lah sebut nama penuh si bongsu hari tu. Sekarang tengah tunggu sijil jer lagi.

Inilah dia birthday boy, Idlan Muhaimin yang ke-5 tahun. Dapat 2 kek, 1 kek dari Ibu yang merangkak kek Ibu jugak.. ahaks.. dan 1 lagi puding cake yang disponsor Nenek. Blur je muka si bongsu bila disuruh bergambar. Hahaha. So far plan untuk birthday di sekolah belum tau lagi nak buat bila.

Birthday boy & birthday girl 💕 nice tak? nice tak? Hahaha 😂😂

Last but not least 😀 walaupun berpuluh-puluh kali burst snap gambar, yang terbaiknya memang tak banyak, susah sangat nak ambik gambar yang perfect. Si hero 3 orang ni bila nak bergambar automatically muka bertukar jadi serius 🙉 tak faham pulak kenapa jadi macam tu.

Ini pulak kekasih awal dan akhir 😁 wajib la kan nak posing berdua 🙈

Alhamdulillah, semua gembira semalam. Bak kata si kakak, lama rumah kita tak ada orang ramai² macam ni. Ye lah, raya hari tu kan PKPB memang takde orang pun ke rumah. Memang tak terlayan handphone semalam, dah malam baru dapat tengok handphone, layan socmed. Memang rasa macam open house jugak. 11 sengah malam jugak habis setel basuh periuk, tupperware bagai. Si kakak pulak sapu rumah. Mop tak sempat lagi 😄

Main menu semalam memang tak teringat langsung nak ambik gambar. Semalam Mak buat sup daging korban. Birthday girl pulak order saja... mee jawa dari jiran sama lorong. Hahaha. Berbaloi² semua habis, tak perlu nak simpan fridge banyak². Family yang datang pun dapat bawa tapau jugak. Puas hati, syukur alhamdulillah.

Tadaa.. homemade cake tapi tempah dari bff, Russian Black & White Cake. Topper buat sendiri sebab tu dapat tema sama dengan baju semalam jugak 😆

Keratan rentas si RBW.. sedappp.. pernah tempah dari baker lain tak sesedap yang ni

Puding cake sponsor by Nenek 

Mini Chicken Burger

Cheese Tart

Dan satu lagi menu kuih tradisional orang Serawak, kuih bongkol yang tak ada dalam gambar. Hehehe. Cari² di galeri henpon pun memang takde jugak gambar lama, dah delete la tu. Hehehe.

Sekian saja birthday entry untuk memori tahun² mendatang 😊






Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form