Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Terung Asam

Yuhuuu!! Sejak dah office hour macam biasa ni balik keja, masak pun ala kadar je. Penat je lebih so kena layan penat pun lebih la 😂

Sabtu ni tadi plan nak potluck mini gathering kat umah cousin. Plan last minute selalunya memang menjadi.

Kakmim dah takde idea dah nak masak apa. Kebetulan daging salai masih berbaki untuk sekali masak, Kakmim onkan saja untuk masak lemak cili api. Memang blur dah nak masak apa.

Ni kali kedua Kakmim masak daging salai ni untuk tahun 2020 🤣 bulan lepas pun ada buat jugak masa mak & adik² makan² kat umah. Time tu campur rebung. Hari ni Kakmim campur terung asam. Sesetengah orang kat Sarawak ni panggil terung dayak. Tapi rasanya sama je, namanya jer berbeza. Kat Semenanjung macam takde susah nak jumpa kot terung ni. Terung ni bulat, kaler oren dan rasanya masam. Harga memang harga kayangan 😅

Mula² daging salai tu dipotong nipis sebelum direbus sehingga empuk. Kemudian, rebus dengan cili padi + kunyit hidup yang dah diblend, jangan lupa masukkan serai yang diketuk jugak.

Terung asam tu pun rebus sekali dalam daging sehingga terung asam tu jadi lembut. Bila daging dah empuk, terung dah masak baru masukkan santan, garam dan perasa. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.

Resepi ni tak pakai bawang tau sebab seller yang jual daging ni share resepi mertua dia orang nogori, dia pakai cili padi dan kunyit hidup je. Very the senang maaa. Pejam mata pun boleh buat 🤣🤣

 Kalau suka boleh masukkan daun kunyit 😋 makan dengan sambal gesek pedas berapi ni hmm.. Memang berpeluh jawabnya 😅😋


2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. sedapnya. makan menambah2 ni kalau ada ikan kering, sambal gesek.sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera kpg gini mmg membuka selera.. Walaupun x mcm org tua kita masak tp okaylaaa kan mkn sendiri 😅😅

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form