Di Mana Mask Extenderku?

2 minggu dah kot aku carik mask extender bunga-bunga ku itu. Rasanya memang ada simpan tapi kenapa tak jumpa pun bunganya.

Nak dijadikan cerita minggu lepas minggu yang banyak jugaklah kerja nak setel. Sempat memang sempat print keja sekolah #theIMANs tapi balik tetap tak bawak. So kenalah print kat umah kan. Makanya ceritanya bermula begini..

Aku pun on printer macam biasa. Tetiba dia terus printing. Haih haih. Rupanya dia detect kertas yang discan sebelum ni terus jer dia printing 🤦🤦🤦

Tengah printing, kertas jem pulak. Haih eh. So jadilah technician jap nak mengeluarkan kertas yang jem itu. Okay.. Berjaya jugak aku menarik kertas tu. Sehelai je pun yang buat printer jadi error. Setel semua terus resume printing sebelum ni. Masalah pulak bila printer asyik bagitau paper jem takmo proceed print. Pelikkkk... dah jenguk kat dalam tu tapi takde pun kertas yang lekat. Adeh... mati kutu dibuatnya. Terus badmood malam tu, Encik Suami pun tolong jugak, manual dah bukak, tengok kat Youtube pun dah masih jugak takmo print. So hantar servis jer lah jawabnya. 

Tak lama pun hantar servis dalam 2 hari dia dah call balik dah printer dah siap. Tapi masa dia call tak tanya pulak betul ke memang ada dalam tu. Janji ok jer kan.

Bila Encik Suami dah ambik, dia hantar gambar ni.

Gelak jer technician di servis center tu. Huhuhu

Rupanya mask extender yang ku cari itulah penyebab roller printer tu stuck 🙈 Bukannya ada paper jem pun dalam tu.

3 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Eh.. tergelak saya tengok gambar last. rupanya mask extender buat printer rosak. bukan main lagi tuan dia cari mask extender hilang, rupanya kat printer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah.. X sangka pulak boleh termasuk dlm printer 🤦😂

      Delete
  2. hahahaha... sorry akak daku tergelak. kelakar.
    lepas ni kena make sure printer tu kena cover. printer kita haitu termasuk paper clip, mmg depan mata paper clip tu jatuh termasuk kat roller. puas menjolok dia makin ke dalam, sudahnya kita terbalikkan printer tu, tekad apa nak jadi-jadi lah janji paper clip tu kuar. haha...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form