Raya PKP Dalam Kenangan

Salam 20 Syawal 1441H uols!! Harap tak terlambat lagi nak wish Selamat Hari Raya kepada yang ada berkunjung ke sini. Harap² adalah. 

Lama sangat dah sis tak update blog kan sampai interface blogger pun dah bertukar. Tak biasa pulak sis, tercari² pulak button nak create new post. Nasib jumpa, kalau tak, memang takdelah post ni 😂

Raya tahun 2020 ni memang akan jadi kenangan kan? Terutamanya kepada anak². Ye lah selalunya anak² lah yang paling excited berhari raya lepas tamat berpuasa. Alhamdulillah hikmak PKP tahun ni, solat terawih penuh, puasa pun penuh. Anak² la ye, maknya memang tak penuh. Hihihi.

Nak cerita pasal bulan puasa hari tu memang tak habis cerita, seronok sangat walaupun tak keluar rumah, takde ke bazaar ramadhan, semuanya masak sendiri je. Nak makan ni, cuba buat, nak makan ni, google resepi. Semuanya sis dah abadikan di IG sis tanpa jemu. Setiap kali lepas berbuka sis up di IG, kalau sempat sis update sebelum berbuka. Tapi ada jugaklah sis order kalau dah takde idea nak masak apa dah.

Lepas berbuka, standby pulak nak solat terawih, #TheIMANs pun excited jer nak terawih, tanpa jemu. Bersahur pun sama, tak pernah tak sedar. Banyak sangat hikmah PKP.

Bila tiba hari raya, walaupun tak boleh nak berkunjung ke umah saudara mara dan sahabat taulan, tapi raya tetap on. Kemas rumah, deco rumah tetap wajib. Apa adanya. 2020 tahun ke-10 kami beraya di rumah sendiri. Deco macam takde sangatlah perubahan cuma ikut jugaklah trending & viral terkini. Dengan tema apa adanya. Bukan rumah banglo pun. Beraya di rumah sendiri pun dah syukur. 😍

Ruang tamu yang sekangkang kera tempat keluarga berkumpul




Walaupun takde tetamu berziarah, kek dan biskut tetap hidang atas meja untuk tetamu yang #stayathome

Tadaaa... tahun ni rajin sikit melapis kek, yang hitam tu jer memang dah order awal dari sebelum puasa so bila raya PKP proceed jer

Lampu raya pun tukar tema kaler, tak perasan pulak husband beli kaler logo Kolej Komuniti, memang semangat lah mentang² wife staf Kolej Komuniti.. hahaha

Tahun 2020, 1st day raya tu lah anak² keluar dari rumah sejak PKP diumumkan 18 Mac 2020. Pagi tu kami ke rumah mak, mertua dan ke umah nenek je. Lepas tu pusing² bandar sekejap, sebab dah lama diorang tak ke bandar kan, memang tak banyaklah kereta. Memang patuh sungguhlah orang zaman PKP. Semua pegang teguh hashtag #kitajagakita

Sejak PKPP diumumkan bermula 10 Jun hari tu dan merentas negeri pun dah dibenarkan, alhamdulillah ramai yang dapat pulang ke kampung menziarahi ibu bapa. Kami kampung memang dekat² sini je, 15 minit je ke rumah mak. Hehehehe.

Selamat hari raya versioan 2.0 ye!!








Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form