Ini cerita masa PKP hari tu, bulan April. Kecoh dalam grup family IL yang biras sis telah positif C19. Tetiba je kan? Ya, dia memang ada demam sebelum PKP lagi tapi tak sangka pulak dek kerana C19 ni rupanya. Tapi kalau diikutkan sebelum PKP awal bulan Mac, tapi dia positif dah awal April dah. Tapi nak buat macam mana kan, dah positif kenalah terima kenyataan.
Dan... dan.. yang tak bestnya mestilah close contact pun akan kena saring. Dipendekkan cerita husband sis ialah 2nd contact dengan biras ni. Bila orang ofis dah tau, terus segeraaaa bos arahkan dia balik rumah, sampai jer umah terus ada doktor lain pulak call interviu dan segera kena suruh kuarantin di pusat kuarantin petang tu jugak. Huhuhu. Perasaan? Jangan cakaplah bila dah terpisah kerana kuarantin tu. Kalau yang positif tu, lagilah perasaan tu macam mana kan? Entah balik lagi ke rumah ataupun tak.
Sis sejak awal PKP lagi memang dah ready mental, dah fikir bilik mana akan digunakan untuk self kuarantin di rumah. Mental seorang isteri frontliner yang bekerja pulak di hospital Covid ni memang kena selalu bersedia. Apa-apapun boleh berlaku so bila kena arahkan kuarantin di pusat kuarantin tu, teruskan je, sis is redha demi kebaikan kami sekeluarga.
Dan yang paling pelik, famili IL pulak takde pulak KKM call untuk saringan. At last ada jugak KKM call untuk buat saringan tapi agak lambat lah, berbanding husband sis yang 2nd contact. Kemas² barang untuk check in di pusat kuarantin, makan² sedap dulu then husband pun pegilah hantar diri ke hostel Akademi LHDN tu. Adik² sis tanya, tak ambik gambar ke? Sedih la wei dalam hati walaupun muka takmo sedih² pun so bila sedih takde perasaan pulak nak ambik gambar bagai.
Sehari di pusat makan ok lagi. Caterer ok makan pun sedaplah. Hari ke-2 dah makanan tak sedap, caterer tukar kot sebab packaging pun lain. TV ada tapi tak boleh nak tengok, so husband dah mati kutu. Dah boring, nak movie untuk membunuh rasa kebosanan tu. Nak guna data henfon, hmm... ada berapa hari lagi nak stay kat sana. Nak tak nak sis pun download la movie, banyak² movie sukati jer lah sis download, pastu kena beli stok untuk hantar stok kat dia jugak, husband sis nak maggi cup, takkan nak bagi maggi je. So terjadilah stok makanan seperti di bawah. Dalam tu memang ada pelbagai jenis biskut, kacang, coklat, air kotak, macam² lah. Hahahaha. Biasalah kan bila orang pempuan menyopping. Tapi sis memang terer packing kan? Hahaha.
Dan rasanya bila nak ke pusat kuarantin tu, tu lah 1st time sis drive agak jauh, dah lama tak driving jauh. Selalu ke Mydin area rumah je. Ni ke pusat bandar, lalu sekatan jalan raya polis tapi nasib baik masa sis pegi tu diorang tengah tukar syif, so takde tahan² orang. Lagipun sis sorang je, takde apa yang nak ditakutkan.
Sesampainya di Akademi LHDN tu memang agak seram perasaannya. Sunyi sepi je. Dengan kuatnya bau Clorox bila bukak jer tingkap kereta. Ada beberapa kanopi kat depan lobi dan 2 orang petugas kesihatan yang lengkap PPE pun mendekati kereta sis.
Ye, puan.. boleh saya bantu?
Oh, saya nak hantar barang husband. Bilik 313.
Okay, boleh nanti kami hantar.
Dan dia pun bukak pintu, ambil beg, tutup pintu dan sis pun terus gerak. Macam tu je. Memang sekejap sangat urusan. Alhamdulillah dipermudahkan.
Dan husband sis pun terus dapat barang²nya. Rupanya petugas tadi kenal husband sis, dia terus naik nak hantar depan bilik. Husband sis cakap selalunya kalau ada famili hantar barang petugas ni akan hantar sekali masa nak hantar makanan sebab diorang akan naik masa nak hantar makanan je. Tak naik sesuka hati ke bilit PUS. Alhamdulillah sekali lagi, dipermudahkan jugak urusan kami.
alhamdulillah.. staysafe semua.. semoga cepat wabak ni hilang
ReplyDelete