Daging Masak Hitam Sarawak Versi Simple

Hai! Dah nak masuk hari-19 kita di bawah PKP fasa ke-2 kan? So far dah adapt jugak lah dok umah jer, tak ke mana. Hari sekolah sibuk dengan anak² buat kerja sekolah. Ada yang kena online, ada yang offline. Setel kelas anak² baru la dapat masak, setel masak baru lah dapat bukak file² tugas hakiki di ofis yang dihantar di Telegram. Rutin harian PKP macam tu lah. Cukup masa, lipat kain sambil layan netflix. Hehehe.

Korang pulak macam mana? Ok? Anak-anak sihat? Rasanya sekarang lagi selamat duduk rumah daripada berpeleseran kat luar tu. Yang frontliner yang terpaksa bekerja tu apa boleh buat, memang dah tugas mereka. Ayah IMAN pun antara frontliner jugak tapi nasib jugaklah dia dah tak terlibat sangat dengan klinikal, banyak management je so ok lah walaupun serammmmmm tu tetap ada. Bila dah namanya keja kat hospital, risiko tu memang tetap ada. Huhu.

Aha... bila PKP ni kan, siang malam memang makan kat umah, beras pun derasssss je. Siapa macam tu? Kita geng. Hehehe. Dengan budak-budak yang sedang membesar umur 6-11 tahun ni, memang asyik lapar ke kerjanya. So sepanjang PKP ni memang Kakmim abadikan, chehh.. abadikan ye... gamba-gambar menu musim PKP di IG Kakmim. Nanti-nanti boleh lah KLMJ zaman PKP. Nak abadikan di blog leceh sikit la nak menaip panjang-panjang. Ni pun tetiba ada perasaan nak menaip. Hahaha.

Hari ni hari Sabtu, selalunya hari Sabtu memang hari yang agak busy, tak lekat di umah sebab banyak program #theIMANs hari ni. So selalunya Sabtu memang makan kat luar. Musim PKP ni nak makan kat luar memang tak lah, nak order? Masih rajin lagi nak masak ni. Hihi. So hari ni masak special sikit untuk diorang. Daging masak hitam Sarawak. Selalunya kalau time kenduri memang daging masak hitam ni lah menu wajib yang akan dicari-cari. Memandangkan musim PKP pun tak boleh kenduri, kita masak je menu daging hitam kenduri hari ni.

Tadaaaa.... daging masak hitam version simpleeeee sesuai untuk musim PKP. Hahaha!


Resepinya senang jer. Kan dah kata version simple kan?

Bahan utama
Mestilah kena ada daging fresh atau frozen 

Bahan tumis
Minyak masak
Rempah 3 sekawan
Bawang merah + bawang besar - dipotong
Bawang merah + bawang putih - dikisar
Cili kering - dikisar
Halia + Serai - dikisar
Serai - diketuk
(Cili, bawang, halia ni korang agak-agak sendirilah ye ikut kuantiti daging korang)
Setengah mangkuk kismis hitam - rendam dengan air panas kemudian tumbuk atau blend

Bahan perapan
Gulapong 
2 sudu besar peanut butter
Halia + Serai - dikisar 
Kicap manis 

Cara-cara membuatnya:
1. Perapkan daging yang siap dipotong dan dibersihkan dengan bahan perapan. Semakin lama diperap, semakin mesra gitu, kata orang-orang tua. Kalau daging tak banyak, dalam 15 minit pun dah ok.
2. Panaskan minyak dan masukkan rempah 3 sekawan dan bawang merah & bawang besar potong.
3. Masukkan bawang merah + bawang putih yang dikisar, kacau.
4. Masukkan halia + serai yang telah dikisar dalam sesudu.
5. Masukkan serai yang dah diketuk dan cili kering yang dah dikisar, masak hitam ni selalunya tak pedas so tak payah letak banyak. Kacau sehingga pecah minyak & naik bau.
6. Masukkan perapan daging sekali dengan air perapan. Kacau sebati.
7. Masukkan kicap manis + kicap masin, agak-agak koranglah.
8. Tunggu sehingga kuah agak kering.
9. Bila daging dah agak-agak empuk, masukkan kismis yang telah ditumbuk dan kacau rata.
10. Pastikan daging empuk, biarkan mendidih dan tutup api. Siap!!

Untuk daging masak hitam ni, Kakmim tak letak garam dan perasa sebab semuanya dah cukup rasa. Tapi korang boleh jer sesuaikan dengan lidah korang. Dan satu rahsia nak kuah jadi pekat ialah dengan masukkan kismis tu tadi. Tak letak pun takpe, kalau letak lagi mengancam lah. Hahaha!

Macam ni lah rupanya kismis yang telah ditumbuk. Kakmim guna lesung batu je sebab tak banyak. Alkisahnya bila PKP ni kita guna je bahan-bahan yang sedia ada kat umah. Kismis ni sebenarnya kismis Sun Maid #theIMANs. Hahaha. Tetiba teringat ada stok kismis diorang, apalagi guna je lah apa yang ada kan? Kih kih kih.

Amacam? Simple je kan? Tapi rasa mewahhh. Haha. Angkat bakul sendiri lah tu. Kalau ada nasik minyak lagi mantap. Kalau nasik minyak Kakmim suka guna minyak sapi, dan minyak sapi pun dah habis sebab dah buat nasik tomato hari tu so kita makan dengan nasik putih je. Puas hati youu bila anak-anak makan dengan berseleranya.

Malam pulak, kita gunakan apa yang ada, kita buat mee goreng daging hitam pulak. Yeehaaaa!!! Sedapnya tak terkata. Actually semalam Ayah IMAN cakap nak makan mee goreng daging. Kita kasi on saja malam ni kebetulan ada stok mee kuning. Nampak tak, memang isteri mithali kan? Kah kah kah.

Haip!! Telor mata tu Kakmim yang punya. Diorang semua kat umah ni tak kisah pun telor mata ni. Selamat laa telor Kakmim tu. Hihihi.

Oklah.. tu jer sharing untuk malam ni. Tetiba terajin pulak nak menaip panjang lebar ni. Daaa~





Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form