Kerana Crash Landing On You!

Ehem.. Halu Februari!!!!
Dah 10 hari di bulan 2, doploh-doploh kan?
Alamak..
Ni 1st posting untuk bulan cinta ni
Dan kerana bulan cinta ni Kakmim telah terjebak dengan CLOY ni!
Help!


Siapa follow Crash Landing On You ni komen tau!!
Kerana CLOY ni lah masa² yang terluang banyak dihabiskan dengan layan Captain Ri ni
Sori ye....
Malas betul nak menaip entri di blog sebab nak layan CLOY ni



Actually Kakmim baru jugak layan Captain Ri & Se-Ri ni
Mula tu marathon sampai kol 4 pagi baru tido
Ye lah dah banyak tertinggal kan
Demi kauuu... tak pernah aku marathon K-drama sampai tak tidur malam
Memang bukan seketul Kakmim tau!!

Last layan K-drama ni ceta Decendants of The Sun
Sampai dah bercerai balik dah hero & heroin ceta tu baru terbukak hati nak layan K-drama lagi



CLOY ni best sebab semua emosi bercampur aduk
Lucu pun ya, sedih, cinta, geram
Part romantik tu memang senyum sorang lah
Part sedih pun nangis sorang
Sampai Encik Husband tertanya-tanya.. kitak ok sik? Kitak ok sik? Haha 😂😂😂
Lagi satu, semangat setiakawan, family-bonding, teamwork
Memang terselit semua di situ

Minggu depan dah final 2 episod
Asal hujung minggu je pukul 10 kalau malas depan tv, dah lepak atas katil tengok kat henpon je
Hujung minggu jer mesti semangat nak setel semua kerja awal
Setel awal maknanya boleh landing awal tunggu RiRi couple ni.. heee 💖


Hyun Bin ni bukannya muda sebenarnya... baya² Kakmim je
Born 1982
Tapi makin berusia makin hensem kan.. lesung pipit tu yang tak tahan.. auww!

Matilah kitaaaaaa 😬😬

1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form