Perancangan Untuk Blog Monolog Kakmim

Hai 2020 😍

Alhamdulillah... dipanjangkan usia sempat jugak bertemu dengan tahun keramat 2020. Tahun yang digembar-gembur semasa zaman kanak-kanak dengan Wawasan 2020 dulu.

Tidak seperti tahun-tahun baru sebelum ini, tiada staycation bagi keluarga kami. Parents pulak bercuti nun di Melaya sana. So tinggallah kami adik beradik saja. Tak complete rasanya tanpa mak dan bapak. 

So malam baru 2020 ni hanya lepak di rumah mertua ipar saja yang baru kahwin 3 hari lepas. Macam tu jer lah malam tahun baru 2020. Balik rumah jahit nametag kat baju sekolah dan tudung si kakak dan abang. Haa... macam tu je lah. Hahaha.

Agaklah mendatar & a bit boring. Lagipun kat sini hujan jer sepanjang hari. Nak keluar rumah memang rasa malas.

Apapun semoga segala perancangan pada tahun 2020 ni akan dipermudahkan. Perancangan untuk blog pulak diharap macam ni lah.

  • Isnin - Tips (apa-apa tips)
  • Selasa - Diari Kakmim
  • Rabu - Wordless Wednesday (gambar sahaja)
  • Khamis - Diari Kakmim
  • Jumaat - Review (apa-apa review)
  • Sabtu - Diari Kakmim
  • Ahad - Kisah Dalam Lagu


Ini perancangan untuk penulisan di blog. Kita try ye. Insya Allah.

Terimalah seketul kami di ambang tahun baru malam tadi

Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form