Kisah Dalam Lagu - Cinta Ini Membunuhku


Cinta Ini Membunuhku.
Entah. Tetiba teringat lagu Indon ni.
Lagu ni tengah ngetop masa kami ke Bandung & Jakarta pada tahun 2008 dulu.
Kami ramai-ramai jenjalan ke sana untuk shopping kahwin time tu.
Memang tengah shopping tu asik lagu ni je yang berkumandang.

Kat sini lah baju sanding ku dibeli. Pasar Tanah Abang. Hahaha. Ada cerita pasal trip ke sini masa tu tapi kat wordpress. Dah tak ingat lagi dah username & passwordnya. URL blog pun tak sure dah. Sayang wooo..

Geng-geng yang jenjalan ke Indon time tu. Masa ni tak ingat pakai handphone apa. Mungkin Sony Ericson kot yang kaler oren tu. Tapi masa nak ke sini saya siap beli digicam Sony lagi. Masih lagi tersimpan Sony Digicam yang slim & kecik tu. Gila kau beli semata-mata nak ke sini. Tapi dulu memang saya suka ambik gambar pun, ye lah kata blogger tegar kan. Kui kui kui.

Cinta Ini Membunuhku - D' Massive 

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Bila balik Malaysia, lagu ni pun meletops jugak kat sini. Bila dengar je lagu ni, saya dan Encik Tunang kompom gelak. Er, masa tu masih tunang lagi. Hehehe. Lucu kalau ingat sebab supir Grand Livina kami masa tu pun suka nyanyi lagu ni.

Kisah bunuh-membunuh sangat tidak real kalau nak dikaitkan dengan saya dan lagu ni cuma saya akan ingat trip kami ke Bandung dan Jakarta je kalau terdengar lagu ni corong radio. Tu jer.

Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form