Apam Kartun Comel

Hmm... takde idea nak review apa. Tapi oleh kerana hari ni hari untuk review kita scroll jugak gambar di henpon usha² apa yang boleh direviewkan. Walaupun takde idea, tapi rasa terpaksa nak update tu ada.. sebab diri sendiri yang tetapkan menu² untuk penulisan di blog ni kan? So far, lembaran ke-10 di tahun 20-20 masih lagi maintain mengudapte blog. Esok lusa tak tau lagi. Hmm...


Tadaaaa!! Apam ninja turtle untuk birthday #anakno4 pada bulan April yang lalu. Comel kan? Tak ingat pulak ada update ke idok celebration birthday Idlan Muhaimin di sekolah hari tu kat blog. Tapi apam ni memang comel walaupun coloring tu memang banyaklah kan? Takpe lah, sekali-sekala. satu lagi ada apam mickey mouse.


Inti apam ni semua nutella lagilah budak suka makan. Dah la comel kan? Geram nengok rasa sayang pulak nak makan. Apam ni semua saya order dari kawan kat FB. Rasanya macam dah 2x dah repeat order. Comel dan teliti sangat kerjanya. Rasa pun sedap. Dia jual ni 50 pcs RM25. Yang di area Kuching, yang ingin nak order bolehlah jenguk di FB Kasz SyauQina. Kek lapis premium & customised birthday cake pun dia jual. Dan yang paling best sebab dia boleh COD. Saya suka sangat yang suka COD ni. Hehehehe.

Sekian saja untuk review minggu ini!! Review ini tidak berbayar ya!! Daaaa~

2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form