Masa single macam pelik jer tengok orang ada anak yang cuma beza setahun. Ibarat setiap tahun beranak. Bila kau sendiri terkena, haaaa.. baru kau tau. 'Accident' punya pasal. Terimalah setiap tahun kau cuti bersalin ye. Tahun 2014 dan tahun 2015.
Sekarang kembar lain tahun Kakmim ni dah 5 tahun dan 4 tahun. Dulu masa bersalinkan si adik, si abang masih lagi BF. So abang ni kira beruntung jugak la sebab banyak dapat kolustrum Ibu, masa adik dia tidur maka dialah yang pulun BF. Hahaha. Mungkin sebab tu si abang, masa tu baru setahun 4 bulan rapat dengan Ibu sampailah sekarang. Dia tengok dan layan Ibu pun lain macam je. Mungkin tu lah bonding bila kita BF.
Sekarang bila dah besar, si abang 5 tahun ni (Imran) memang lebih manja dan rapat dengan Ibu berbanding adik (Idlan) yang rapat dengan Ayah. Yang anak² lelaki Kakmim memang semua fully BF tapi rasanya tempoh BF si Imran macam lagi lama jer. Bayangkan Kakmim BF since 2012 sampailah 2015. Actually si adik awal lagi dah wean-off sebab masa tu Kakmim dah malas nak buat stok. Hihihi. Ada pulak macam tu kan? Tu lah sebab dah lama sangat BF kot.
Anak no 3 dan anak no 4 ni jarang sangat Kakmim cerita di blog ni. Blog ni kebanyakkannya cerita pasal si kakak. Ye lah anak sulung tetap istimewa di hati kan? Tapi tak bermakna anak² lain tak istimewa. Tapi... susah nak explain, korang pun tau kan macam mana perasaan dengan yang pertama?
Walaupun menjadi yang pertama, si kakak ada kisah sedih jugak sebab si kakak ni Ibu tak BF pun. Itulah bukan rezeki yang pertama. Masa tu memang takde ilmu pasal BF. Dan juga si kakak pun kena ceaser. Adik-adik yang lain semuanya normal. Kan? Bukan lagi rezeki yang pertama.
Gambar fresh from OT |
Al-kisahnya masa mengandungkan yang pertama si Kakak ni jenis 'degil' kot. Hahaha. Dia 'duduk' jer kat dalam sana takmo turun. Sebab tu lah dia kena keluar ikut tingkat. Cerita pasal yang pertama yang berada dalam kedudukan breech ada je kat dalam ni. Masa tu memang cerita pasal pregnancy si Kakak je lah. Hehehehe.
Bila terkenangkan balik pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang memang betullah semuanya ada rezeki masing-masing.
- Anak no 1 (2009) - rezeki ceasarian kerana songsang.
- Anak no 2 (2012) - rezeki bersalin normal, so pengalaman pertama normal delivery. Rezeki
- Anak no 3 (2014) - rezeki keluar awal tak ikut EDD. Masih kerja lagi so driver jabatan hantar balik rumah. Rezeki.
- Anak no 4 (2015) - rezeki keluar awal jugak tak ikut EDD dan sama birthday Ibu. Rezeki.
Kan? Perancangan Allah itu memang terbaik. Rezeki setiap anak Ayah Ibu pun sekali tumpang, ada lah rezeki dalam karier masing-masing.
- 2009 - rezeki Ayah promotion dapat bertugas dari hospital ke klinik kesihatan
- 2012 - rezeki Ibu dapat APC untuk tahun 2011
- 2014 - rezeki Ayah bertugas di klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah
- 2015 - rezeki Ayah mohon promotion dan ditugaskan di Putrajaya pada 2016.
- 2016 - rezeki Ibu berpindah ke tempat kerja yang berhampiran rumah
Memang betul kan setiap anak tu pembawa rezeki. Ada rezeki masing-masing.
Rezeki PJJ pulak dapat masa 2016. Si bongsu time tu baru je 7 bulan. Memang rezeki si bongsu membesar tanpa sentuhan kasih sayang sepenuh masa daripada si Ayah. Rezeki hujung minggu je dapat jumpa Ayah, tu pun bukan setiap hujung minggu. Tapi, itulah rezeki si ibu dan si ayah. Kita terima dan hadap jer dengan hati terbuka. Alhamdulillah, 2019 keluarga kami dah tak perlu PJJ lagi dah. Tak perlu nak video call setiap masa. Tak adalah Ibu sorang² ke sana sini seorang diri menguruskan anak-anak.
Itulah, rezeki daripada Allah memang datang dalam pelbagai cara. Terpulang kepada kita jer lagi bagaimana nak mensyukuri nikmat yang diberiNYA.
Itulah, rezeki daripada Allah memang datang dalam pelbagai cara. Terpulang kepada kita jer lagi bagaimana nak mensyukuri nikmat yang diberiNYA.