Kisah Angan-Angan & Impian Sugarless

Hai, blog!

Lamanya tak bersiaran di sini kan. Berhabuk bersawang semua ada dah kat sini. Ya, saya di rumah ni. Tak boleh tido. So layan² You Tube sesambil layan jiwang. Hihihi. Tua² pun nak jiwang. Ape daaa...

Maggi Hot Cup?? Oh, itu hanya gambar hiasan. Sekarang ni memang nak jaga makan malam kononnya. Konon lah. So try jugak tak ambik dinner tapi at last sebelum tidur terpaksa jugak bersantap seperti yang di atas tu. Hihihi. Tak tahan laporrrrr. Nak diet macam mano?? Kah kah kah.

Saya sebenarnya sejenis yang susah nak naik berat badan. Dulu!! Bukan sekarang okay. Sejak umur dah menginjak 35 ke atas ni tetiba plak berat menaik, menaik dan terus menaik. Sekarang dah mencecah 50 dan lama jugak dah tak naik penimbang ni. Hihihi. Malas lak nak ambik tau tapi memang terasa 'kenaikan' ini. Hahaha.

Nak jogging lah, nak join run lah, nak fun walk lah, semuanya... hanya angan-angan. Konon taknak ambik minuman bergula. Tak tahan jugak. Minum jugak tek O itu. Tu jer minuman bergula yang saya pandai. Bila dah minum jugak, macam mana nak maintain???

Sorilah, masih belum ada keinsafan. Seriuosly, memang serius rasa bersalah, tipulah tak. Dulunya saya sejenis yang minum plain water je sebab tu kurus cekeding kot di samping metabolisme yang tinggi. Tapi bila dah bawah ofis ko ada kedai mamak, memang harus ko order teh o mamak. Gilalah!

Semoga dibukakan hati ku ini untuk istiqamah jaga kesihatan diri. Bila umur dah semakin menghampiri 40 ni takut jugak didatangi macam² penyakit zaman moden ni. Huhu.

Korang macam mana pulak? Berapa scoop gula sehari? Adei, bila teringat kejahatan gula putih ni memang rasa bersalah dengan diri sendiri tapi apakan daya masih jua perasaan pentingkan diri tu menguasai hati. Semoga kita semua dilindungiNYA, sempat beramal ibadat sebelum terlambat. Aminnnn...

Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form